Connect with us

Oh! Media

Berbekal Al-Quran Lusuh, Warga Emas Berusia 96 Tahun Khatam Sebanyak 130 Kali

Oh! Islam

Berbekal Al-Quran Lusuh, Warga Emas Berusia 96 Tahun Khatam Sebanyak 130 Kali

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab.

ADVERTISEMENT

BACA: Khatam Al-Quran Sehari Sebelum Acara Keirin, Azizulhasni Kongsi Rahsia Kekal Tenang

Membaca setiap huruf serta ayat yang terdapat dalam al-Quran merupakan satu ibadah yang mana ganjaran pahala yang besar akan diberikan.

Selain itu, kalam ini juga merupakan satu panduan bagi umat islam dan tanpanya, manusia akan hilang pedoman dan akan berlakulah kerosakan yang amat dahsyat di muka bumi ini.

Warga emas khatam al-Quran 130 kali

Namun, terdapat sebuah kisah yang mengagumkan apabila seorang warga emas berusia 96 tahun yang berjaya mengkhatamkan al-Quran sebanyak 130 kali.

Perkara itu dikongsikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika menyampaikan sumbangan di Taman Semarak, Nilai.

Beliau juga turut meluahkan rasa kagum ketika menziarahi Abu Bakar Ismail, 96, yang tinggal bersama anak bongsunya bagi menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan dan kewangan.

Sumber: Harian Metro

Saya terkejut apabila mendapat tahu warga emas ini sudah khatam 130 kali menggunakan al-Quran lusuh.

Selain itu, Zulkifli juga turut berkata bahawa anak dan menantu Abu Bakar pernah beberapa kali memujuk untuk menukar dengan kalam yang baharu, namun ditolaknya.

Abu Bakar menolak permintaan itu kerana sayangkan al-Quran lama itu. Semoga ia menjadi saksi istiqamah beliau yang khatam al-Quran sebanyak 130 kali sepanjang hidupnya.

Alami sakit tua, sukar berjalan

Menurut laporan Harian Metro, Abu Bakar berasal dari Muar, Johor dan tinggal bersama anak bongsu selepas bersara sebaga pekerja kontrak selain turut kehilangan isteri, Allahyarham Hamidah Ali sejak 13 tahun lalu.

Zulkifli berkata, Abu Bakar mengalami sakit tua dan sukar untuk berjalan. Namun dia bukan alasan untuk tidak meneruskan aktiviti membaca al-Quran selepas solat fardu.

Anak bongsunya, Roslina turut menyatakan bahawa ayahnya semakin rajin melakukan aktiviti itu selepas bersara dan kalam tersebut telah digunakan sejak ayahnya berkahwin dengan ibunya.

Saya rasa al-Quran itu mempunyai kenangan yang tidak boleh dilupakannya bersama arwah ibu. Disebabkan itu ayah masih terus membaca dan menyimpannya walaupun sudah lusuh.

Selain itu, ayahnya juga amat mementingkan penjagaan al-Quran tersebut termasuklah meletakkan gam jika terdapat muka surat yang tercabut.

Kata Roslina, walaupun ayahnya tidak pernah bersekolah, namun dia mempunyai keistimewaan tersendiri dengan fasih bercakap dan membaca hasil pengalaman ketika bertugas sebagai tentera British di Singapura.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas