Connect with us

Oh! Media

Khatam Al-Quran Sehari Sebelum Acara Keirin, Azizulhasni Kongsi Rahsia Kekal Tenang

Oh! Inspirasi

Khatam Al-Quran Sehari Sebelum Acara Keirin, Azizulhasni Kongsi Rahsia Kekal Tenang

Dalam temasya Olimpik Tokyo baru-baru ini, pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni bin Awang berjaya membawa pulang pingat perak buat Malaysia dalam acara Keirin. Menamatkan saingan di kedudukan kedua, kemenangan yang diraih Azizulhasni diakui sangat membanggakan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Athiah Pregnant Anak Ketiga” – Tangisan Azizulhasni Buat Netizen Sebak

Dalam acara besar seperti itu, atlet tidak lari daripada perasaan gemuruh dan tertekan. Selain menggalas harapan negara, atlet juga berdepan dengan jaguh daripada serata dunia. Memang gugup habis!

Namun bagi Azizulhasni, beliau mempunyai rahsia tersendiri bagaimana untuk mengatasi perasaan itu. Luahnya di Facebook, Al-Quran merupakan tonggak utama untuk beliau kekal tenang.

khatam

Ketika berada di kem latihan di Nilai, beliau sudah memulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan. Walau bagaimanapun latihan yang teruk dan kesibukan membuatkan bacaan agak perlahan.

Boleh kata semua waktu terluang yang ada ketika di perkampungan sukan tu, saya memang mengejar bacaan.

Bila kita baca Al-Quran ni tak mudah, banyak dugaan-dugaan dia. Ada saja bisikan-bisikan yang cuba mematahkan semangat kita.

Ketika terbang ke Tokyo, beliau menumpukan semula bacaan dan tidak mensia-siakan masa yang ada. Menurutnya, separuh perjalanan dihabiskan dengan Al-Quran. Malah, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican turut memberi kata-kata semangat dan beberapa tips kerohanian.

Setiap kali saya membuat bacaan, saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya.

Saya seolah-olah berada di dimensi yang berbeza.

Tambah atlet ini lagi, ketika membaca Al-Quran beliau seolah-olah berada di satu dimensi yang berbeza. Beliau dapat melupakan seketika kepenatan latihan dan tekanan yang menekan bahunya.

azizulhasni

Meluahkan rasa syukur, beliau akhirnya dapat khatam pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum memulakan perlumbaan Keirin. Beliau bernazar untuk meletakkan segala urusan perlumbaan kepada Allah SWT sahaja.

Syukur, kepada Allah SWT saya dapat khatam bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum saya memulakan perlumbaan acara Keirin.

Azizul yang diberi jolokan “The Pocket Rocketman” ini mengakui bukan mudah untuk seorang atlet tenang apabila kejohanan terbesar dalam karier akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Namun, dengan bacaan Al-Quran pemikiran dan jiwanya tidak ‘kacau’.

Apa-apa pun semoga perkongsian jaguh basikal ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua dalam urusan seharian.

Kredit: Facebook Azizulhasni Awang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas