Connect with us

Oh! Media

Apakah Hukum Penjawat Awam Ingkar Ambil Vaksin? Ini Penjelasan Mufti

Oh! Islam

Apakah Hukum Penjawat Awam Ingkar Ambil Vaksin? Ini Penjelasan Mufti

Umum mengetahui, angka jangkitan dalam negara dilihat menurun secara mendadak sehingga beberapa sektor dibuka termasuklah sesi persekolahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Akan Dikenakan Tindakan Disiplin Jika Tidak Ambil Vaksin Sebelum 1 November

Oleh itu, kerajaan menyarankan agar para guru atau penjawat awam untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan penularan lebih teruk berlaku.

Namun, dilihat pada situasi sekarang, terdapat beberapa kelompok penjawat awam yang ingkar akan arahan kerajaan sehingga sanggup tidak mendapatkan suntikan.

Menurut JPA, hampir 98 peratus pegawai sudah mengambil vaksin manakala kelompok yang belum mendaftar adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus membabitkan 16,902 orang.

Ambil vaksin adalah sah dari sudut pandangan syariah

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam untuk mengambil vaksin berdasarkan pertimbangan tertentu adalah sah dari sudut pandangan syariah.

Menurut Ketua Penolong Mufti, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata saranan itu wajib dipatuhi dan tidak boleh dianggap sebagai menyekat kebebasan individu.

Berdasarkan Siasah Syari’yah, apabila kerajaan mewajibkan penjawat awam divaksinasi, maka kelompok yang enggan patuh boleh dikenakan tatatertib.

Agama Islam melalui bidang Siasah Syar’iyah memberikan hak mutlak kepada kerajaan yang mentadbir untuk mengeluarkan arahan tertentu dalam menguruskan keadaan darurat seperti penularan wabak pendemik.

Tindakan tatatertib boleh dikategorikan sebagai hukuman ringan yang boleh dikenakan oleh kerajaan menurut Siasah Syar’iyah.

Vaksinasi adalah demi kepentingan umum

Syed Shahridzan berkata, vaksinasi adalah demi kepentingan umum dan bukan individu serta memerlukan kerjasama orang ramai untuk menjayakannya.

Hal itu kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa individu yang tidak divaksin boleh menyebabkan orang ramai mudah dijangkiti virus wabak.

Dalam kes ini, kita menggunakan kaedah fiqah ‘al-masalahatu al-‘ammatu muqaddamatun ‘ala al-maslahati al-khaassati’ iaitu kepentingan awam lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi.

Kerajaan boleh mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas penjawat awam atas dasar maslahat (kepentingan).

Beliau berkata, majoriti umat Islam di negara ini bermazhab Ahli Sunah Waljamaah yang mewajibkan taat kepada arahan pemerintah dalam perkara berhubung kepentingan umum dan tidak bertentangan dengan syariah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas