Connect with us

Oh! Media

Guru Akan Dikenakan Tindakan Disiplin Jika Tidak Ambil Vaksin Sebelum 1 November

guru vaksin

COVID-19

Guru Akan Dikenakan Tindakan Disiplin Jika Tidak Ambil Vaksin Sebelum 1 November

Akhirnya kerajaan dilihat membuat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas guru yang tidak mengambil vaksin. Perkara itu ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan memberi waktu sehingga 1 November 2021 ini sahaja.

ADVERTISEMENT

Datuk Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan menegaskan guru seluruh Malaysia perlu mematuhi pekeliling yang dikeluarkan JPA. Guru-guru yang keliru dengan perkara ini boleh melihat secara terperinci termasuk hukuman yang akan diberikan kepada mereka yang gagal.

Tindakan akan diambil terhadap guru-guru ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terjejas. – Katanya.

Untuk maklumat, setakat ini sebanyak 388,897 orang guru telah melengkapkan suntikan vaksin. Guru yang tidak mahu menerima vaksin dengan alasan masalah kesihatan pula perlu menghantar laporan kesihatan yang disahkan pegawai kesihatan di hospital kerajaan. Laporan ini perlu dihantar kepada ketua jabatan mereka.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top