Connect with us

Oh! Media

atu zero

Oh! Artis

“Saya Kena Jaga Hati Isteri” – Atu Zero Terkejut Sharif Kongsi Kisah Peribadinya Dalam Podcast

Pelawak terkenal, Atu Zero, mengakui isterinya berasa terkesan dengan pendedahan yang dibuat abangnya, Sharif dalam rakaman podcast.

Atu dalam laporan Gempak berkata, tindakan Sharif berkongsi mengenai kisah silamnya adalah tidak wajar dan berharap abangnya itu berhenti berbuat demikian.

IKLAN

Atu harap Sharif fokus cerita hal sendiri

atu zero

Pelawak ini bagaimana pun tidak marah dan berharap selepas ini abangnya lebih fokus menceritakan tentang dirinya sendiri, bukan orang lain.

Biasalah, tak kisah la sesiapa… abang ke, bila tengah syok bercakap tu dia tak sedar. Mungkin masa itu oksigen dalam otak dia dah kurang, terkeluar la benda yang tak sepatutnya. Tak apa, biasalah kekhilafan.

Tidak mahu memanjangkan isu, Atu berharap Sharif tidak mengulangi perkara sedemikian. Tetapi, jika ia memberi kesan buruk kepada reputasinya, Atu tidak akan teragak-agak untuk bersuara.

Nafi lari rumah

atu zero

Isteri saya yang terkesan, sebagai suami sudah tentu saya kena jaga hati dan perasaan isteri. Dia banyak kali minta saya follow up (hubungi Sharif). Tapi saya cakap dekat dia, ‘tak apa la sebab kita pun tahu perangai dia macam mana’.

Mengenai dakwaan Sharif yang menyebut Atu pernah lari dari rumah dan hampir terjerumus dengan dadah, Atu menafikan perkara tersebut.

Ada yang menambah perasa, saya pun fikir macam ‘eh tak ada ini’. Tapi mungkin dalam fikiran dia masa itu, dari sudut pandangan dia begitu dan mungkin jadi positif untuk orang lain.

Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah lari dari rumah dan hanya mengalami fasa remaja yang penuh dengan eksperimen.

Mengenai tiada harapan dan hampir terjerumus dalam dadah pula, Atu merasakan komen sebegitu tidak patut berlaku.

#OhmediaNasihat

Dalam mengenang kembali kisah silam, ada yang menganggap ianya sebagai kenangan dan ada juga yang menganggap ianya sebagai satu aib yang harus ditutup. Jadi berhati-hatilah dalam berkongsi kisah orang lain untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

atu zero

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas