Connect with us

Oh! Media

Individu Dedah Sindiket Penipuan Aisar Khaledd, Janji Nak Buat ‘Tour’ Rumah Ke Rumah Beri Hadiah

Ohmedia aisar Khaled

Oh! Artis

Individu Dedah Sindiket Penipuan Aisar Khaledd, Janji Nak Buat ‘Tour’ Rumah Ke Rumah Beri Hadiah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Facebook dari seorang individu yang telah membongkarkan sindiket penipuan yang dilakukan oleh seorang pempengaruh, Aisar Khaledd.

Dakwaan mengatakan pempengaruh tersebut telah menipu ramai orang terutama sekali penonton live miliknya yang diminta meninggalkan komen agar dapat dipilih secara rawak nanti.

IKLAN
Aisar Khaled

Pempengaruh ini juga terkenal dengan pelbagai kontroversi dan meminta orang ramai supaya faham apa yang dilakukan di live media sosialnya.

Awak kena faham, ini cara saya dengan komen “saya nak” dekat video ke atau dekat live ke ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni.

Sebelum ni tak ada pun apa-apa masalah. Jadi disebabkan ini, ramai yang panas, sebagai bukti hari ini saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa yang komen ” Nak” pada video saya sebelum ini.

Saya buat video ni bukan nak kena kecam, saya dah buat macam ni dah lebih tiga tahun. 

Malah, Aisar juga pernah berjanji untuk membuat tour rumah ke rumah dengan memberikan pelbagai hadiah kepada pemenang yang meninggalkan komen di media sosial miliknya.

Saya pusing satu Malaysia ni sebab nak gantikan event yang sepatutnya saya buat pada 30 haribulan tetapi tidak mendapat kelulusan memandangkan masa terlalu singkat.

Jadi saya pilih untuk bagi rumah ke rumah. Ada motor, ada TV, ada Iphone dan macam-macamlah.

Awak pun tahu kan apa yang saya buat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen masih meragui tawaran cabutan bertuah yang dibuat pempengaruh ini meskipun sudah lama mengikutinya di media sosial.

Aisar Khaled

Aisar Khaled

Aisar Khaled

Bukan itu sahaja, Aisar juga pernah menawarkan kereta jenis BMW miliknya untuk diberikan kepada mereka yang bertuah sewaktu membuat live di aplikasi TikTok.

Tambahan, warganet tidak berpuas hati dan merasakan apa yang ditawarkan olehnya hanyalah penipuan kerana belum ada pemenang yang menerima hadiah-hadiah hebat tersebut.

BACA: Aisar Khaled Hadiahkan Motor, Wang Tunai Kepada Remaja Viralkan Video Rider

Terdahulu, pempengaruh, Aisar Khaledd telah menghadiahkan sebuah motosikal kepada penghantar makanan yang motosikalnya disita penguatkuasa.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Screenshot 2023 12 20 at 30842 pm 1024x721 1
  • Screenshot 2023 12 20 at 31021 pm 1024x831 1
  • Screenshot 2023 12 20 at 30932 pm 1024x1012 1
  • Gbr0thybuaadhyn 1 1011x1536 1
  • Screenshot 2023 12 20 120422
  • Ohmedia aisar Khaled
  • Screenshot 2023 12 20 at 30842 pm 1024x721 1
  • Screenshot 2023 12 20 at 31021 pm 1024x831 1
  • Screenshot 2023 12 20 at 30932 pm 1024x1012 1
  • Gbr0thybuaadhyn 1 1011x1536 1
  • Screenshot 2023 12 20 120422
  • Ohmedia aisar Khaled

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas