Connect with us

Oh! Media

Azri Iskandar Putus Cinta Lagi, Tak Jadi Kahwin Dengan Datuk Noora Sebab Tak Serasi

azri iskandar

Oh! Artis

Azri Iskandar Putus Cinta Lagi, Tak Jadi Kahwin Dengan Datuk Noora Sebab Tak Serasi

Nampaknya hasrat pelakon Azri Iskandar untuk menamatkan zaman duda tidak kesampaian apabila hubungan cinta dengan Datuk Noora juga berakhir dengan perpisahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Hubungan Dengan Azra Masih Kabur, Azri Iskandar Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Kekasih

Memetik laporan mStar, Datuk Noora yang merupakan ahli perniagaan tidak menemui keserasian selepas berkawan dengan pelakon tersebut. Mereka dipercayai putus cinta pada penghujung Mei lalu.

azri iskandar

Jelasnya, Azri menerima baik keputusannya untuk berpisah dan kini mereka masih berhubung sebagai rakan.

Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

Datuk Nora yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak percaya ajal, maut dan jodoh semuanya sudah ditentukan Allah SWT.

azri iskandar

Terdahulu, bekas isteri kepada Azri iaitu Ellie Suriaty memuat naik foto pertemuan di antara anak-anaknya dan Datuk Noora ketika makan malam.

Ellie menyatakan Datuk Noora seorang yang baik hati dan mendoakan yang terbaik buat kehidupan baru bekas suaminya. Tapi, siapa sangka tak ada jodoh pula kan.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas