Connect with us

Oh! Media

Hubungan Dengan Azra Masih Kabur, Azri Iskandar Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Kekasih

Dr Azra

Oh! Artis

Hubungan Dengan Azra Masih Kabur, Azri Iskandar Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Kekasih

Lama tak dengar cerita pelakon Azri Iskandar kan? Agaknya apa jadi dengan perancangan nasi minyak dengan kekasih hati, Dr Azra?

BACA: Setahun Bertunang, Azri Iskandar Masih Kumpul Duit Kahwin, Tangguh Nikah Dengan Dr Azra

Aktor ini menjelaskan hubungannya dengan Azra setakat ini masih kabur kerana mereka rupa-rupanya dah lebih setahun tak berjumpa.

IKLAN
Azri Iskandar
Azri dan bekas isteri Ellie Suriaty

Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru pun tak nak cerita nanti Azhar marah.

Kata bekas suami kepada Ellie Suriaty ini lagi, rakannya Azhar Sulaiman ada nasihat supaya dia tak bercerita mengenai hubungan kepada umum sehinggalah sahih bernikah.

Sebabnya nanti saya kena kecam lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu.

Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang.

Bagi Azri sendiri, dia tak kisah menceritakan kisah peribadi kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

Dia berniat ikhlas tetapi teman wanitanya tak ‘rugged’, tak beri sokongan dan tak benarkan tunjuk gambar. Akhirnya, Azri pula yang dituduh gila.

Aduhai, kesian pulak dengar. Semoga ada jodoh dan cepat-cepat disatukan dengan Dr Azra.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas