Oh! Artis
“Adakah Saya Berjudi, Minum Arak?” – Syamimia Sebak Masih Dikecam Netizen Walaupun Dah Minta Maaf
Sebelum ini, pempengaruh, Nur Syamimia, pernah minta warganet untuk berhenti menyebarkan fitnah terhadap dirinya bersikap ‘neutral’ dengan isu peperangan di Palestin.
BACA: Sebulan Menyepi, Influencer Syamimia Minta Berhenti Fitnah Dirinya ‘Neutral’ Dan Duta Isr4el
Menerusi live di TikToknya, Syamimia kelihatan sebak dan sedih dengan segelintir tindakan warganet yang masih meninggalkan komen negatif terhadapnya berikutan isu berkenaan.
Bila orang lain pernah berjudi, korang tutup sebelah mata sebab dia post pasal Palestin. Bila orang tu pernah minum arak, korang pun tutup sebelah mata sebab dia pun post pasal Palestin.
Bukan itu sahaja, ‘influencer’ berkenaan turut meluahkan rasa kecewa apabila setiap konten yang dihasilkan tidak dihargai tetapi netizen mencari kesalahannya.
Bila saya kongsikan tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu sahaja silap saya, tak post pasal Palestin. Tak ada pula korang nak war-warkan benda elok.
Adakah saya berjudi, adakah saya minum arak?
Syamimia juga pernah mengambil pendekatan untuk berdiam diri selepas dikecam oleh warganet berkenaan isu peperangan tersebut.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM