Connect with us

Oh! Media

Peminat Kopi! Raikan Ulang Tahun Ke-2 ZUS Coffee & Rebut Peluang Menang Setahun Minuman PERCUMA!

ZUS Coffee

Branded

Peminat Kopi! Raikan Ulang Tahun Ke-2 ZUS Coffee & Rebut Peluang Menang Setahun Minuman PERCUMA!

“a Necessity, not a Luxury” 

Bila dengar nama ZUS Coffee, pada awalnya Oh! Media menyangkakan ini merupakan salah satu jenama kopi luar negara yang dibawa ke Malaysia. Mula berkenalan dengan ZUS tahun lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, boleh dikatakan ZUS menjadi peneman setia setiap hari sebelum memulakan kerja. 

Tapi apa yang memeranjatkan kami, ZUS Coffee ni rupanya jenama tempatan. Bermula dengan cawangan pertama yang dibuka pada tahun 2019, kini selepas 2 tahun, ZUS memiliki lebih daripada 50 cawangan di seluruh negara. Mantap!

Menggunakan slogan Keperluan, Bukan Kemewahan (a Necessity, not a Luxury), ZUS berjaya berkongsikan keenakan minuman premiumnya pada harga mampu milik.

Rebut peluang menang bekalan ZUS Coffee selama setahun. Wow!

Berhasrat untuk menjadi keperluan kepada seluruh masyarakat Malaysia, ZUS ingin mengajak pelanggan setia mereka, ZUSsies untuk meraikan kebersaman sepanjang bulan November ini sempena ulang tahun ke-2 ZUS Coffee.

Bermula 1 sehingga 30 November pelbagai tawaran dan peraduan istimewa bakal dianjurkan bagi meraikan bulan istimewa ini dan paling best boleh menang ZUS Coffee selama setahun!

Ni kami share 6 aktiviti korang boleh nantikan dan sertai sempena ulang tahun ZUS Coffee yang ke-2.

Bagi yang suka berTikTok, inilah masa korang untuk menyinar, sertai peraduan TikTok ZUS dan rebut hadiah utama bekalan ZUS Coffee selama setahun. Seronoknya dapat minum ZUS free!

Nikmati diskaun 22 peratus untuk minuman buatan tangan (handcrafted) setiap hari dari jam 2 petang hingga 4 petang. Promosi ini terhad untuk pesanan melalui aplikasi ZUS, dengan promo kod ZUS2GETHER.

Pada 11.11 pula, jangan lupa tambah nilai ZUS Balance dan dapatkan baucar minuman PERCUMA!

Untuk kaki Shopee pula, claim baucar tunai RM8 pada 22.11 nanti, dengan pembelian minimum ZUS bernilai RM20.

Sempena ulang tahun ni juga, ZUS Coffee mengeluarkan barangan edisi terhad yang boleh dimiliki ZUSsies melalui setiap pembelian. 

  • Batch 1: Tempat letak telefon ZUS (8-14 November 2021)

Dengan setiap pembelian 3x ZUS 2gether Drink Series

  • Batch 2: Tempat letak telefon ZUS (15-21 November 2021)

Dengan setiap pembelian 2x ZUS Frappés

  • Cermin poket ZUS (Setiap hujung minggu bermula 13-30 November 2021)

Dengan setiap pembelian 1x ZUS 2gether Drink Series

  • Kotak hadiah penyedut minuman beras ZUS (20-21 November 2021)

Tebus dengan setiap pembelian  2x ZUS Frappés

Sempena bulan November sahaja, jangan lepaskan peluang menikmati minuman dan kek ulang tahun biru ZUS yang Insta-Worthy,  diperbuat daripada bunga pea butterfly, semua ZUS Frappés yang ditempah secara Pickup akan di drizzle dengan warna biru. Cantiknya!

Bagi yang cintakan minuman panas ZUS pula, nantikan pembalut minuman edisi khas ZUS dengan ZUS Signature Blue Cup.

Raikan 2getherness sempena ulang tahun ke-2 ZUS Coffee

Menarikkan semua promosi yang ZUS tawarkan sempena ulang tahun ke-2 ni? Oh! Media pun nak try berTikToklah, mana tau kami boleh menang bekalan ZUS setahun.

Tak pernah rasa ZUS Coffee lagi? Pergilah ke cawangan ZUS berdekatan korang. Kami berani jamin korang akan jatuh cinta dengan keenakan minuman yang disediakan ZURISTA berpengalaman.

Kalau korang nak menikmati lebih banyak promosi ZUS Coffee, korang kena download aplikasi ZUS Coffee di App Store, Google Play Store, Huawei AppGallery. Pembelian pertama menggunakan aplikasi ZUS, korang boleh menebus baucar Buy 1 Free 1.

Untuk maklumat lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti Facebook, Instagram dan Twitter  ZUS Coffee atau layari, https://zuscoffee.com/.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas