Connect with us

Oh! Media

Tukar Tayar Sambil Beramal? Lain Macam Continental Sambut Ulang Tahun ke-150 Ni!

Continental 150 anniversary

Branded

Tukar Tayar Sambil Beramal? Lain Macam Continental Sambut Ulang Tahun ke-150 Ni!

Pembukaan sektor ekonomi yang lebih luas dan memasuki fasa endemik Covid-19, rata-rata mula membiasakan diri hidup dalam norma baharu.

Namun tidak dinafikan, kesannya terhadap ekonomi telah menyebabkan ada keluarga yang hilang sumber pencarian, terputus bekalan makanan dan ada yang terpaksa menahan lapar sementara mengharap bantuan dihulurkan.

Dalam kita menikmati ‘kebebasan’ yang diberikan, jangan pernah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik. 

Tukar tayar sambil beramal

Oh! Media rasa mesti ramai sekarang yang mula merancang nak bercuti atau buat short escape bersama keluarga dan rakan-rakan. Yelah, dah lama tak jumpa kan.

Sebelum korang nak memulakan perjalanan, jangan lupa check keadaan kenderaan korang, lagi-lagi bahagian tayar. Manalah tau ada yang dah botak tapi tangguh nak tukar sebab tak banyak keluar sebelum ni.

Haaa… Kalau korang nak tukar tayar kami cadangkan korang tukarlah tayar di Continental, jenama tayar yang berkualiti dan dipercayai.

Sebab utama kenapa kami cadangkan jenama Continental ini kerana, syarikat tayar ni bakal meraikan ulang tahun yang ke-150.

Istimewa tahun ini, mereka akan meraikannya bersama insan yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen.

Korang pun boleh turut sama menyumbang apabila menukar tayar di Continental. Bagi kenderaan berpenumpang (2 tayar)  dan motosikal (1 tayar) yang dibeli atau ditukar RM5 akan disumbangkan kepada Kechara Soup Kitchen bagi membantu keluarga yang memerlukan.

Melalui sumbangan ini lebih banyak aktiviti Soup Kitchen, Food Bank dan Pemerkasaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dapat dilaksanakan.

Bukan itu saja, bermula 15 Oktober sehingga 15 Disember 2021 juga, Continental nak bagi korang e-baucar Touch N’Go yang bernilai sehingga RM 1 Juta setiap kali korang menukar tayar, tak kiralah tayar motosikal atau kereta. Bestnya!

Klik di SINI untuk mengetahui terma dan syarat serta cara untuk menebus baucar korang.

Continental, rakan pemanduan di jalan raya

Terbaiklah usaha yang dilakukan Continental, dalam meraikan ulang tahun ke-150, mereka tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

Korang yang nak tukar tayar tu, bolehlah tukar di Continental, kita sama-sama support usaha baik yang dilakukan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Continental dan tawaran sempana ulang tahun kelahiran yang ke-150, korang boleh klik di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas