Connect with us

Oh! Media

Iklan ‘Raya Dulu-Dulu’ SAJI Ni, Bakal Menggamit Memori ‘Childhood’ Korang

RAYA SAJI

Branded

Iklan ‘Raya Dulu-Dulu’ SAJI Ni, Bakal Menggamit Memori ‘Childhood’ Korang

Setiap tahun apabila menjelang sahaja bulan Syawal,  SAJI pasti akan keluarkan iklan Raya mereka sendiri sehingga menjadi salah satu iklan raya paling dinanti oleh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, iklan Raya  SAJI ni selalunya berkait rapat dengan kehidupan penonton dan mampu bermain dengan emosi mereka. Ada iklan Raya  SAJI yang lucu dan mencuit hati sehingga membuat penonton terhibur, ada juga yang meruntun hati sehingga berjaya membuat penonton menangis. Seperti iklan Raya SAJI tahun lepas meletop sampai ke negara jiran kita Indonesia meletop! Rata-rata memuji Iklan SAJI yang menyentuh hati masyarakat serumpun. 

Kalau nak tahu sempena Raya tahun ni,  SAJI ada keluarkan iklan raya terbaru berjudul ‘Raya Dulu-Dulu’ tau! Jom layan Iklan Raya SAJI tahun ni kat bawah ni! 

Jalan Penceritaan ‘Raya Dulu-Dulu’

Selain sarat dengan pengajaran dan mesej penting bertemakan Hari Raya,  SAJI juga menjadikan iklan Raya sebagai satu medium untuk memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat melalui jalan penceritaan yang baik. 

Setiap iklan mempunyai jalan penceritaan mereka tersendiri, jadi tidak hairanlah ada iklan Raya SAJI dari tahun-tahun lepas, yang sampai ke hari ini masih menjadi ingatan orang ramai disebabkan oleh impaknya yang mendalam.

Macam tu juga dengan iklan ‘Raya Dulu-Dulu’ yang menceritakan tentang Ijat yang kini sudah meningkat dewasa mula merasakan kemanisan dan keseronokan hari Raya semakin pudar disebabkan situasi hidup yang berubah, tanggungjawab dan persekitarannya yang jelas sudah berbeza.

Tambah pula dengan situasi pandemik yang menyebabkan Ijat sudah lama tidak dapat berpeluang untuk balik Raya.

Nostalgia hari Raya zaman kanak-kanaknya mula mengusik jiwa, setiap bibit memori yang kadangkala nampak mudah tetapi sebenarnya itulah yang paling melekat dan terpahat dalam mindanya.

Namun, Ijat sedar bahawa semua memori indah dan rutin raya yang semakin hilang itu tidaklah hilang sepenuhnya tetapi sebenarnya memberi peluang untuk Ijat dan keluarganya untuk mencipta memori yang baru.

Malah, dia langsung tidak mengeluh dan kesal dengan perbezaan yang berlaku kerana Ijat sudah mengerti bahawa Raya itu bukan terletak pada sesuatu yang fizikal atau material, tetapi Raya itu sebenarnya lebih bererti apabila diraikan bersama keluarga yang tersayang.

Biarlah raya tak semeriah dahulu, asalkan kita dapat merayakannya bersama yang tersayang.

Salam Aidilfitri dari SAJI!

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas