“Wei, nak lepak mana ni? Tak kan nak makan pastu balik? Boringlah…”
Kami yakin korang mesti dah biasa dengar soalan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu betul tak?
Mana taknya, dapat pula kawan-kawan atau ahli keluarga yang jenis tak suka duduk rumah ni, memang penat sikitlah nak cari port lepak, lagi-lagi waktu hujung minggu.
Kita ni pula sampai dah ketandusan idea nak cari tempat, sampai terpaksa scroll media sosial kedai makan apa yang viral sekarang ni dan aktiviti apa yang boleh dibuat…
Bukan Setakat Ada Pelbagai Jenis Makanan, Siap Ada Promosi & Aktiviti Menarik Menanti
Tak apa, jangan risau! We got your back! Kami ada satu berita menarik nak kongsikan, terutama buat korang yang memang suka makan di luar, dalam masa yang sama suka melakukan aktiviti-aktiviti menarik.
Bermula sekarang sehingga 31 Mei 2026, jangan lupa untuk bawa kawan-kawan dan ahli keluarga serbu ke The Exchange TRX sebab TRX Eats tengah berlangsung tau!
Apa yang menarik tentang TRX Eats ni adalah ia bukan saja menawarkan promosi hebat yang boleh didapati menerusi restoran terpilih, malah terdapat banyak installation dan aktiviti menarik yang korang boleh sertai.
Antaranya, terdapat pemasangan seni visual yang sangat memukau mata seperti Snap and Claim, sebuah reruari foto ceria dengan rona pastel dan Mirror Moments, siri cermin bulat berlatarbelakangkan hiasan yang cukup vibrant. Bestnya!
Lagi best, korang boleh tebus baucar makanan kalau korang tangkap gambar di pemasangan ini dan muat naik ke media sosial tau. Fuhh, siapa je yang tak nak baucar makanan percuma!
Pemasangan ini terletak di kawasan utama termasuk Dining Terrace, pintu masuk MRT Plaza, Aras Concourse, dan Valet Drop Off, jadi pastikan bila korang dah sampai ke TRX, singgah kawasan ini dulu okay!
Sertai Aktiviti Interaktif & Bengkel Seni
Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti interaktif dan bengkel seni yang korang boleh sertai sepanjang tempoh TRX Eats berlangsung.
Antaranya, korang boleh boleh cipta charms dan memori untuk kesayangan dengan menyertai sesi seperti Flower Bookmark Craft, Friendship Bracelet Bars dan Pin Badge Customisation.
Aktiviti-aktiviti seperti ini memang tak dinafikan lagi membuatkan kita lebih rapat dan erat dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Jadi, kalau korang datang ke TRX, pastikan korang join tau!
Sambil Makan, Sambil Nikmati Promosi Hebat!
Dah kalau namanya pun TRX Eats, tak kan tak ada promosi untuk makanan betul tak? Siapa yang tak join tu, memang rugi besar tau!
Kenapa kami kata rugi besar? Tahu tak, sepanjang tempoh kempen TRX Eats berlangsung, korang berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran hebat daripada restoran-restoran terpilih.
Antara restoran-restoran tersebut adalah:
Cafe Colombo: potongan 20% untuk mana-mana hidangan ala carte, serta percuma Sweet Appom
Nak Nak: tunjukkan baucar (yang boleh didapati daripada pemasangan TRX) untuk mendapatkan cookies atau sundae percuma dengan setiap pembelian kombo
DIN by Din Tai Fung: percuma satu mangkuk rice ball soya bean (2 ketul) untuk perbelanjaan minima RM5 di kedai
Ini baru sikit yang kami mention, kalau korang nak tahu restoran manakah lagi yang menyediakan promosi hebat sepanjang tempoh kempen TRX Eats ni, korang wajib serbu ke TRX okay?
Kumpul Kesemua Koleksi Snack Squad Series Sepanjang Kempen TRX Eats
Alang-alang korang tengah sakan menikmati promosi hebat daripada restoran terpilih tu, jangan lepaskan peluang untuk kumpul kesemua koleksi cawan dan mangkuk Snack Squad Series yang comel ni tau!
Nak tebus koleksi ini pun senang sahaja, ikut langkah di bawah ini:
Hadiah Pertama: belanja RM100 dalam satu (1) resit pada hari yang sama untuk tebus satu Snack Squad Cup
Hadiah Kedua: belanja RM500 dalam satu (1) resit pada hari yang sama untuk tebus satu Snack Squad Bowl Set.
Senangkan? TAPI, setiap tebusan itu adalah dalam bentuk blind box tau. Jadi, korang tak akan tahu design apa yang korang dapat!
Kalau korang nak dapatkan kesemua koleksi Snack Squad Series ni, jangan lupa berbelanja lebih okay? Bawa je kawan-kawan dan keluarga sekali, barulah meriah makan-makan!
Tunggu apa lagi? Jom serbu ke The Exchange TRX sekarang dan nikmati segala promosi dan aktiviti-aktiviti tersedia. Kempen berlangsung sehingga 31 Mei 2026 saja tau!
Untuk maklumat lanjut tentang TRX Eats, layari laman web rasmi TRX atau ikuti media sosial di Instagram TRX atau TRX Eats untuk sebarang update terkini.
Kongsikan artikel ini:
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM