Trending
Kes Kematian Penuntut Kolej, Warga Emas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Kes penuntut kolej maut di Ketereh, pasangan warga emas dibebaskan.
Kes tragis melibatkan kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Ketereh kini memasuki fasa baharu.
Menurut laporan Berita Harian, pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun yang sebelum ini direman telah dibebaskan dengan jaminan polis dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri.
Pasangan warga emas itu sudah dilepaskan dengan jaminan polis hari ini dan kita fokuskan siasatan terhadap dua remaja berusia 19 tahun.
Fokus siasatan kini kepada dua remaja

Difahamkan, pasangan warga emas tersebut merupakan ibu bapa kepada salah seorang suspek lelaki berusia 19 tahun.
Sebelum ini, mereka direman selama tiga hari, manakala dua remaja lelaki pula direman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Penunutut kolej ditikam 61 kali, mayat dibuang

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mayat mangsa ditemui di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh dalam keadaan sangat menyayat hati.
Mangsa dikenali sebagai Nurfisya Zulkifly yang dikenal pasti melalui cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lebih mengejutkan, mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di tempat kejadian.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.
Pssttt! Jenayah tiada oengakhiran yang baik. Hargai nyawa dan kawal emosi sebelum segalanya terlambat.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM