Trending
“Jasa Dan Legasinya Akan Terus Dikenang” – PMX Sifatkan Pemergian Jalil Hamid Satu Kehilangan Besar
PMX mengucapkan takziah di atas pemergian bintang veteran serba boleh, Allahyarham Jalil Hamid.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seniman veteran, Abdul Jalil Abdul Hamid yang dilaporkan telah meninggal dunia tengah hari tadi.
BACA: Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Arwah
Menerusi satu perkongsian di media sosial, PMX menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri kreatif negara.
PMX berdukacita atas pemergian Allahyarham Jalil Hamid
Beliau berkata lagi, jasa dan legasi Allahyarham dalam industri seni akan terus dikenang. Beliau berharap keluarga Allahyarham diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini.
Berdukacita atas pemergian Abdul Jalil Abdul Hamid, seorang seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air. Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat industri kreatif negara. Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga besar Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini.
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan poster rasmi yang memaklumkan Allahyarham telah meninggal dunia pada 4 Mei 2026 bersamaan 17 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Pssttt! Bila seorang seniman pergi, yang tinggal bukan sekadar kenangan tetapi juga legasi yang akan terus hidup dalam karya dan inspirasi. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM