Connect with us

Oh! Media

Harga Mampu Milik, Ini 7 Info Tertiris HUAWEI nova 9 SE

Branded

Harga Mampu Milik, Ini 7 Info Tertiris HUAWEI nova 9 SE

Menambah satu lagi model untuk Siri nova, HUAWEI memperkenalkan nova 9 SE bagi memenuhi permintaan pasaran golongan muda belia. Mahukan smartphone dengan ciri kamera mengagumkan tanpa koyak poket, inilah model dari HUAWEI untuk korang! Jom kami share info HUAWEI nova 9 SE korang kena tahu.

Kamera 108MP

Sekarang, segalanya tentang media sosial. Untuk mencipta kandungan terbaik, kamera pun kenalah berspesifikasi tinggi. Model ini dicipta dengan kamera 108MP kuad-kamera serba baru. Sistem 4 lensa ini merangkumi kamera 8MP Ultra-Wide-Angle, 2MP kamera macro, 2MP kamera Depth dan 108MP kamera.

Kamera 108MP ini mampu merakam foto serba terperinci dengan 112° kamera ultra-wide merakam lebih luas untuk kenangan dan berkarya. Sistem kamera mantap ini membolehkan korang menangkap gambar lebih jelas dan tepat di mana jua berada. 

Inovasi dunia vlogging

Guna kamera depan atau kamera belakang? Tak perlu pening-pening sebab HUAWEI nova 9 SE membolehkan korang guna kedua-duanya serentak dengan Dual-View Video. Merakam vlog lebih kreatif dengan ciri yang memastikan tiada momen penting terlepas begitu sahaja. Kamera depannya beresolusi tinggi 16MP membolehkan rakaman diri dapat dibuat lebih jelas.

Lebih mudah, selepas rakaman dibuat, muat naik ke Petal Clip, perisian suntingan HUAWEI untuk menggunakan template dan tema pelbagai sebelum video dipos ke laman sosial.

Fungsi & rekaan seiring

Kadang kala sesuatu peranti hanya mementingkan rekaan berestetika, namun fungsinya kurang memuaskan. Tapi tidak dengan HUAWEI nova 9 SE kerana selain fungsi yang berprestasi tinggi, rekaan ditawarkan juga menarik perhatian.

Masih mengekalkan rekaan Star Orbit, model ini didatangkan dengan susunan lensa baru yang lebih mementingkan aspek estetika dan simetri. Rekaan nipis 7.94mm dan 3D Glass Rear Cover, HUAWEI nova 9 SE ini berkilau seakan taburan bintang yang terbias.

Bukan itu sahaja, model ini juga direka dengan kaca melengkung yang memberikan efek glossy dengan salutan filem pada Crystal Blue cover.

Tidak ketinggalan menambah sebab mengapa model ini menekankan aspek rekaan adalah saiz bezel ultra-halus 1.05mm memberikan nisbah screen-to-body kepada 94.85%!

Paparan FullView super lancar

Paparan HUAWEI FullView menjadi bukti jenama ini terus berusaha keras memberikan paparan terbaik untuk pengalaman visual pengguna mereka. Pengalaman visual mengasyikkan direalisasikan dengan paparan 6.78 inci.

Skrin beresolusi tinggi 2388 x 1080 menyokong P3 colour gamut menyajikan pengalaman mengujakan untuk menonton video atau bermain game. HUAWEI nova 9 SE didatangkan dengan 90Hz kadar segar semula dan 270Hz kadar bacaan sentuhan untuk paparan lancar bagi penggunanya.

Cas sehingga 60% dalam hanya 15 minit dengan SuperCharge

Leceh kan bila perlu tunggu lama untuk smartphone dicas? Tapi HUAWEI nova 9 SE korang hanya perlu tunggu 15 minit untuk dicas sehingga 60%! Cepat dan efisien.

6nm Qualcomm SoC membolehkan model ini kekal sejuk dan lancar ketika bermain game dengan adanya teknologi Graphene Heat Dissipation.

Gamers juga pasti menyukai teknologi multi-sentuhan yang meningkatkan pengalaman gaming ke satu aras berbeza. Touch Turbo Gaming Experience memberikan kadar bacaan sentuhan sehingga 300Hz!

Kepuasan pengguna 

HUAWEI nova 9 SE beroperasi dengan EMUI 12 yang menawarkan pengalaman penggunaan jelas, lancar dan selamat untuk bekerja, belajar, berkomunikasi, berhibur atau pun suntingan video.

Ciri Super Device membolehkan dengan leretan ringkas, pengguna boleh ke Control Panel, dan akses ke playback audio, Wi-Fi dan Bluetooth. 

AppGallery tawar pelbagai aplikasi 

Segalanya boleh diselesaikan dengan smartphone sekarang dari urusan perbankan, bersosial, shopping, pendidikan sehinggalah gaya hidup dan bermain game. HUAWEI AppGallery ada segalanya untuk kegunaan harian serba moden.

HUAWEI nova 9 SE juga boleh menggunakan Petal Search, enjin carian mobile dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk membuat pencarian menggunakan store pihak ketiga.

Pra-tempah sekarang!

HUAWEI nova 9 SE kini sedia dipra-tempah dengan harga RM1,099 dari sekarang sehingga 18 Mac. Istimewanya untuk pra-tempahan, korang akan menerima HUAWEI FreeLaca dan hadiah bernilai sehingga RM560. Siapa cepat, dia dapat kerana semuanya bergantung kepada stok.

HUAWEI AppGallery juga mengembangkan ekosistemnya  untuk memenuhi permintaan pengguna. Sebagai meraikan pelancaran HUAWEI nova 9 SE, pengguna model ini akan mendapat hadiah dalam bentuk app yang boleh ditebus menerusi Member Center.

Lawati platform rasmi HUAWEI seperti website HUAWEI, HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada untuk pra-tempah HUAWEI nova 9 SE hari ini!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas