Connect with us

Oh! Media

Pusat Pengalaman Kenderaan Miniatur Pertama Paling Komprehensif di Asia Tenggara Dibuka Di Sunway Lagoon

Branded

Pusat Pengalaman Kenderaan Miniatur Pertama Paling Komprehensif di Asia Tenggara Dibuka Di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon memperkenalkan Sunway Tiny Experience Factory (STEF), sebuah tarikan didik hibur pertama yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan pembelajaran STEM menerusi pengalaman penghasilan kenderaan miniatur yang menyeluruh.

Merangkumi ruang seluas kira-kira 189 meter persegi yang menampilkan enam zon imersif, STEF merupakan tarikan pertama di Asia Tenggara yang menawarkan pengalaman pemasangan kenderaan miniatur yang paling komprehensif dan merangkumi kedua-dua proses Completely Knocked Down (CKD) dan Completely Built-Up (CBU).

Dsc09213

Direka khas untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat umur, tarikan ini menggabungkan teknologi interaktif, pembelajaran secara praktikal serta penyesuaian kenderaan secara menyeluruh dalam persekitaran yang diinspirasikan daripada sebuah pusat automotif moden.

Mengambil inspirasi daripada operasi sebenar sebuah bengkel pemasangan automotif, STEF membawa pengalaman penghasilan kenderaan miniatur yang lebih interaktif dengan membolehkan pengunjung menjadi sebahagian daripada keseluruhan proses pembuatan.

Dsc09255

Daripada memasang komponen kenderaan miniatur dengan bantuan teknologi robotik hinggalah memperibadikan model pilihan, pengunjung berpeluang memahami bagaimana sesuatu idea diterjemahkan menjadi produk sebenar, di samping menghasilkan kenderaan miniatur unik berdasarkan kreativiti masing-masing.

Pengunjung akan memulakan pengalaman mereka dengan sesi taklimat interaktif sebelum memilih sama ada untuk menjalani proses CBU atau CKD serta memperibadikan model Tiny (Mini Cooper) pilihan masing-masing.

Seterusnya, mereka akan melalui proses pembuatan dengan bantuan teknologi robotik, pemasangan secara praktikal, percetakan UV dan pengukiran laser bagi nombor plat pilihan sebelum menerima Lesen Memandu STEF, sijil penyertaan serta sebuah kenderaan miniatur yang telah siap dipasang sebagai cenderamata eksklusif.

Dua Pengalaman Bengkel Utama

Dsc08895

Pengunjung boleh memilih antara dua pengalaman bengkel istimewa yang menggabungkan kreativiti dan proses pembuatan dalam satu pengalaman interaktif.

Pengalaman Completely Knocked Down (CKD) memberi peluang kepada pengunjung untuk memasang sendiri sebuah kenderaan miniatur daripada komponen yang berasingan, seumpama proses sebenar pemasangan kenderaan yang dihantar dalam bentuk bahagian-bahagian berasingan sebelum dipasang sepenuhnya.

Dsc08821

Dengan bimbingan pada setiap peringkat utama, pengunjung akan memasang badan kenderaan, casis dan bahagian dalaman sebelum melengkapkan model ciptaan mereka dengan satu daripada tiga pilihan reka bentuk bumbung serta nombor plat yang diukir menggunakan teknologi laser.

Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan asas pemasangan automotif, malah membolehkan pengunjung membawa pulang sebuah kenderaan miniatur yang diperibadikan sepenuhnya.

Bagi pengunjung yang ingin merasai keseluruhan proses pengeluaran kenderaan menerusi sistem automasi, pengalaman Completely Built-Up (CBU) menawarkan simulasi pembuatan yang diinspirasikan daripada konsep CBU sebenar.

Merentasi sepuluh stesen interaktif, pengunjung akan mengikuti setiap peringkat penghasilan sebuah kenderaan miniatur yang lengkap, bermula daripada proses tuangan acuan, semburan cat dan pengacuan suntikan, diikuti pengendalian komponen menggunakan teknologi robotik, pemasangan automatik, percetakan UV, hinggalah pengukiran laser pada nombor plat pilihan.

Pengalaman ini memperlihatkan bagaimana teknologi robotik, teknologi dan kejuruteraan berketepatan tinggi digabungkan bagi meningkatkan kecekapan serta memacu inovasi dalam industri pembuatan moden.

Memupuk Minat Terhadap STEM

Dsc08681

Melalui penglibatan dalam setiap peringkat proses penghasilan, pengunjung daripada pelbagai peringkat umur berpeluang memahami bagaimana kejuruteraan, kreativiti dan teknologi saling melengkapi dalam industri pembuatan moden.

Menerusi pendekatan pembelajaran secara praktikal, STEF menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik, khususnya bagi kanak-kanak, pelajar, peminat hobi serta pengumpul model miniatur.

Menerajui Masa Depan Didik Hibur

Dsc08777

“Sunway Tiny Experience Factory mencerminkan komitmen kami dalam membangunkan pengalaman imersif yang menggabungkan elemen hiburan, kreativiti dan pendidikan secara bermakna.

“Dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri proses pembuatan moden, kami berharap dapat menyemai rasa ingin tahu, mencetuskan inovasi serta menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

“Lebih daripada sekadar sebuah tarikan, STEF menggalakkan pengunjung untuk menjadi pencipta dan bukan sekadar pemerhati.

“Mereka bukan sahaja dapat membawa pulang sebuah kenderaan miniatur yang diperibadikan, malah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana teknologi dan kreativiti digabungkan untuk menghasilkan produk yang digunakan dalam kehidupan seharian,” kata Sunway Lagoon.

Dsc08785

Sunway Tiny Experience Factory kini dibuka di Sunway Lagoon dan beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari kecuali hari Selasa.

Walau bagaimanapun, STEF akan terus beroperasi pada hari Selasa yang bertepatan dengan cuti sekolah atau cuti umum di Malaysia.

Harga tiket ditawarkan pada RM99 bagi Pengalaman CBU dan RM69 bagi Pengalaman CKD.

Untuk maklumat lanjut, layari https://sunwaylagoon.com/ atau ikuti Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan RedNote.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas