Connect with us

Oh! Media

Imigresen Buat Operasi Mengejut Di Bukit Malut, Ramai Terjun Ke Laut

Ohmedia malut

Trending

Imigresen Buat Operasi Mengejut Di Bukit Malut, Ramai Terjun Ke Laut

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang penduduk di Bukit Malut Langkawi, Kedah yang menjadi pilihan penempatan warga asing terutama dari Myanmar.

BACA: Penduduk Bukit Malut Langkawi Kesal Orang Anggap Mereka PATI

Pada waktu itu kami kongsikan tentang penduduk di situ sudah mula menuntut keistimewaan sama seperti rakyat Malaysia termasuklah meminta agar diberikan kad pengenalan warganegara.

IKLAN

Terbaru, pihak Jabatan Imigresen di Kampung Bukit dilaporkan telah melakukan Operasi Sapu bagi menangkap pendatang asing yang tidak memiliki sebarang dokumen sah.

Hasil serbuah ke 32 buah rumah atas air mendapati sebanyak 263 individu telah diperiksa dan ada juga yang cuba melarikan diri dengan terjun ke laut.

Dalam serbuan itu seramai 13 lelaki dan 5 wanita berjaya ditangkap berikutan kesalahan gagal mengemukakan pas yang sah untuk tinggal di negara ini. – Kata Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin kepada wartawan Utusan Malaysia.

Diharapkan operasi seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan penempatan PATI ini tidak terus berkembang.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas