Connect with us

Oh! Media

Hotel Di Bukit Bintang Tawar Pakej Pelacuran Cecah RM100,000 Diserbu Imigresen

Ohmedia hotel pelacuran bukit bintang

Oh! Tidak

Hotel Di Bukit Bintang Tawar Pakej Pelacuran Cecah RM100,000 Diserbu Imigresen

JIM bongkar kegiatan pelacuran warga asing di hotel Bukit Bintang dengan harga bilik cecah RM100,000.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya membongkar satu kegiatan tidak bermoral yang berselindung di sebalik sebuah hotel tiga bintang di Bukit Bintang. Lebih mengejutkan, hotel itu didakwa menawarkan pakej pelacuran warga asing dengan harga bilik mencecah sehingga RM100,000.

Menurut laporan, lokasi itu menjadi tumpuan pelanggan warga asing terutama dari China kerana mempunyai pusat hiburan bertaraf lima bintang di tingkat satu hingga enam bangunan berkenaan. Serbuan dilakukan selepas pihak imigresen menjalankan risikan selama dua minggu.

Operasi besar-besaran libatkan lebih 100 pegawai

Kredit Foto Harian Metro Suharmin Yusuf

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi dijalankan sekitar jam 1.30 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

IKLAN

Seramai 243 individu diperiksa membabitkan 194 warga asing dan 49 warga tempatan. Hasil operasi itu, seramai 152 warga asing ditahan terdiri daripada warga China, Taiwan, Vietnam, Myanmar, Bangladesh serta beberapa negara lain.

Seramai 243 individu telah diperiksa dalam operasi ini, membabitkan 194 warga asing dan 49 warga tempatan telah diperiksa dalam operasi ini.- Katanya.

Kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 32 tahun dan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan Imigresen 1963.

Bilik eksklusif cecah RM100,000

Kredit Foto Janaan AI

Menurut Zakaria, premis tersebut dikawal ketat oleh pengawal keselamatan tempatan dan hanya pelanggan berstatus VVIP dibenarkan masuk ke dalam premis.

Lebih mengejutkan, harga bilik di lokasi itu dikatakan bermula RM50,000 dan boleh mencecah RM100,000 untuk bilik eksklusif yang boleh digunakan lebih 24 jam.

Ketika serbuan dilakukan, beberapa warga asing dilaporkan berada dalam keadaan khayal dan leka dengan muzik kuat sehingga tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pssttt! Kalau dah sampai jadi pusat aktiviti tak bermoral dengan harga kayangan macam ni, memang patut tindakan tegas diambil. Ohmedia harap pihak berkuasa terus pantau aktiviti macam ni supaya imej negara dan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas