Connect with us

Oh! Media

Penduduk Bukit Malut Langkawi Kesal Orang Anggap Mereka PATI

Trending

Penduduk Bukit Malut Langkawi Kesal Orang Anggap Mereka PATI

Mungkin ramai yang tidak tahu di Langkawi ada sebuah kawasan yang menempatkan penduduk warga Myanmar dan semua yang masuk secara haram bersembunyi di sini.

ADVERTISEMENT

Kawasan itu dikenali sebagi Bukit Malut, Langkawi Kedah dan penduduk warga Myanmar ini telah menuntut agar mereka turut dilayan seperti rakyat Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuntut hak keistimewaan yang rakyat Malaysia peroleh dari kerajaan seperti bantuan dan sebagainya.

Mereka turut mengaku bahawa penduduk di situ adalah rakyat Kedah asal yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa dibenarkan tinggal di situ sejak awal 80-an lagi.

Pihak Utusan Malaysia sebelum ini ada bertemu dengan seorang Imam Masjid Bukit Malut, Abdullah Mohd yang mengatakan kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara 19), ahli keluarga warga Myanmar itu wajar mendapat MyKad melalui proses naturalisasi. Tidak adil bagi penduduk di Bukit Malut dianaktirikan oleh kerajaan walaupun mereka telah lama mendapat kerakyatan. Kami pun rakyat Malaysia dan perlu mendapatkan kemudahan sama seperti masyarakat lain. – Katanya.

Bagaimanapun penduduk di sini kesal apabila sebahagian rakyat di negara ini seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran mereka malah dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Jamaluddin pula berharap agar kerajaan Malaysia dapat menyediakan penempatan baharu yang lebih selesa dan selamat.

Setakat ini ada lebih 1,000 buah rumah telah dibina merangkumi kawasan hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit yang melihatkan jumlah penduduk lebih 10,000. Bukit Malut juga digelar kawasan paling hitam di Langkawi kerana berlaku banyak jenayah dan penyeludupan warga asing di sana.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas