Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kanan Polis JSJ Selangor Meninggal Dunia, Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut

Ohmedia polis Maut

Trending

Pegawai Kanan Polis JSJ Selangor Meninggal Dunia, Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut

Polis memohon orang ramai tak sebar sebarang spekulasi.

Terkini! Seorang pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian yang berlaku di Seksyen 14, Shah Alam Selangor itu kira-kira jam 3.07 pagi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Polis

Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

IKLAN

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

Setakat ini, pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Pssttt! Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa atas pemergian ini. Dalam keadaan sebegini, paling penting adalah memberi ruang kepada keluarga dan pihak berkuasa untuk menguruskan perkara ini dengan tenang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas