Trending
“Mak Cik Nak Anak Dan Cucu Saja” – Ibu Fatin Sedia Terima Prince Syed, Akui Hati Masih Tak Tenteram
Ibu mentua Prince Syed dedah sudah 7 bulan tidak bertemu anak dan cucu.
Tujuh bulan tidak bertemu anak sendiri bukanlah satu tempoh yang singkat buat seorang ibu. Kerinduan yang dipendam Aminah Haniffa akhirnya terubat apabila dia berpeluang melihat Fatin Syazwani Ishak sebelum prosiding mahkamah bermula.
BACA: “Salam RM500K!” – Prince Syed Bagi Nafkah Setengah Juta Tunai Untuk Isteri
Namun, pertemuan singkat itu ternyata mengundang sebak apabila Aminah melihat anaknya berada dalam keadaan sedih selepas sekian lama mereka tidak bersua muka.
Pertemuan selepas tujuh bulan undang sebak
Aminah merupakan ibu kepada Fatin Syazwani yang juga isteri kepada pempengaruh Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau lebih dikenali sebagai Prince Syed.

Menurut Aminah, sejak November lalu, dia tidak pernah mendengar suara Fatin melalui panggilan telefon. Satu-satunya cara untuk dia mengetahui keadaan anaknya adalah menerusi kiriman WhatsApp.
Tak tahan sebak tadi sebab dia anak dan mak cik yang mengandung dan melahirkannya.
Walaupun hubungan keluarga mereka sebelum ini dilanda konflik, Aminah menegaskan bahawa dia tidak pernah membuang atau memutuskan hubungan dengan anaknya.
Emak tak buang Fatin, emak maafkan Fatin…Fatin anak emak dunia akhirat, adik beradik pun tak buang Fatin.
Bagi Aminah, tidak timbul soal dia enggan memaafkan Fatin mahupun Prince Syed kerana naluri seorang ibu tidak pernah berubah.
Tidak simpan dendam terhadap anak dan menantu

Namun, perkara yang masih membuatkan hatinya tidak tenang adalah apabila dia belum dapat bertemu dua orang cucunya yang sebelum ini rapat dengan keluarga mereka.
Ada ke seorang emak tak boleh memaafkan anak dan menantu? Ada tak? Anak tak memaafkan emak itu ada…mak cik nak jumpa anak dan cucu..selagi tak jumpa, hati ini tak tenteram sebab cucu pun rapat dengan kami.
Mak cik pun terima dia kalau dia balik…janji bawa anak dan cucu mak cik. Mak cik tak mahu duit dia, mak cik nak anak dan cucu saja.
Sementara itu, bapa Fatin iaitu Ishak Saif, berterima kasih kepada menantunya kerana menarik semula kes. Sebagai bapa, dia sudah lama memaafkan apa yang berlaku.
Dalam prosiding berkenaan, Majistret Nor Azilah Mat memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Aminah, Ishak dan anak mereka, Muhammad Ikhwan Alif Ishak.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Prince Syed.
Pssttt! Walau sebesar mana pun konflik yang berlaku, kasih seorang ibu terhadap anak tetap sukar dipadamkan. Semoga ruang perdamaian yang terbuka ini dapat menyatukan semula hubungan keluarga dan memberi peluang kepada Aminah serta suaminya bertemu cucu yang amat dirindui.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
