Connect with us

Oh! Media

“Salam RM500K!” – Prince Syed Bagi Nafkah Setengah Juta Tunai Untuk Isteri

prince syed

Oh! Artis

“Salam RM500K!” – Prince Syed Bagi Nafkah Setengah Juta Tunai Untuk Isteri

Kalau korang masih berkira bagi nafkah RM50, Prince Syed pula siap tunjuk duit tunai RM500,000 khas untuk perbelanjaan harian isterinya, Fatin Syazwani. Katanya, itu cukup untuk beli takoyaki, waffle dan juga pad selama setahun!

Salam RM500K. Cukuplah untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki, waffle dan pad setahun. Paling penting mencari rezeki halal buat keluarga.

Barang kemas, duit bertimbun, sampai tak menang tangan!

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, usahawan bisnes laksa tu siap tayang emas dan barang mewah yang katanya semua asli, bukan main-main nak show off kat media sosial.

IKLAN

Tengah kira semua sampai tak menang tangan. Ada kuaci ada mashmelow ada gula-gula (emas) ada semualah.

Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London, kita pula rasa macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya.

Semuanya asli, bukan sekadar konten…

Syed juga tegaskan semua barangan kemas yang dia tayangkan tu memang betul-betul tulen. Bukan beli semata-mata nak kontenkan kehidupan mewah mereka di media sosial.

Bukan setakat sediakan duit dan barangan mewah, Syed juga sempat puji isterinya yang menurutnya makin cantik walaupun dah berusia, apatah lagi bila bergaya dengan jenama mewah.

Pssttt! Bila rezeki melimpah ruah, jangan lupa bahagiakan orang tersayang. Dalam dunia penuh drama rumah tangga sekarang, kisah Prince Syed ni macam angin segar, walaupun gaya dia sedikit berlebih, tapi niat dia jelas, nak beri yang terbaik untuk isteri. Cuma harapnya kemewahan ni bukan sekadar paparan, tapi disertakan dengan tanggungjawab dan nilai. Yang penting, nafkah tu wajib, bukan pilihan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas