Connect with us

Oh! Media

“Berikan Aku Seribu Kesibukan Ya Allah” – Marissa Dania Tak Mahu Lagi Fikir Hal Negatif?

Ohmedia marissa Dania 2

Trending

“Berikan Aku Seribu Kesibukan Ya Allah” – Marissa Dania Tak Mahu Lagi Fikir Hal Negatif?

Marissa Dania fokus urus bisnes dan mohon diberi ‘seribu kesibukan’ agar tak fikir hal negatif. Netizen beri sokongan padu.

Anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania kini dilihat semakin aktif dalam menguruskan perniagaan miliknya.

Menerusi Tiktok, Marissa dilihat sedang sibuk membungkus produk untuk dihantar kepada pelanggan. Namun yang paling menarik perhatian ramai adalah doa yang ditulis sebagai kapsyen:

Berikanlah aku seribu kesibukan Ya Allah, agar aku tidak sempat memikirkan hal-hal yang tidak seharusnya aku fikirkan.

Warganet tersentuh, ramai doakan rezeki Marissa Dania

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan semangat dan doa daripada warganet, yang rata-ratanya tersentuh dengan kapsyen penuh makna itu. 

IKLAN

Ramai memuji Marissa kerana pilih untuk fokus pada perkara positif demi masa depannya.

Pernah dikecam teruk

Marissa

Sebelum ini, nama Marissa menjadi perhatian selepas dikatakan bernikah di Songkhla, Thailand dan menjadi isteri kedua kepada lelaki pilihannya, Aslam. 

Isu itu turut mengundang pelbagai reaksi termasuk konflik dalam keluarga membabitkan Abby Abadi dan Norman Hakim.

Kini, Marissa nampaknya cuba membina semula kehidupannya dengan lebih matang dan berdikari.

Pssttt! Kadangkala, kesibukan dengan perkara yang baik adalah ubat terbaik untuk hati yang sedang luka. Teruskan melangkah, jangan pandang belakang.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas