Connect with us

Oh! Media

“Biarlah Dia, Allah Ada” – Zahnita Akhirnya Jawab Tuduhan Bekas Rakan Kongsi

Ohmedia zahnita

Oh! Artis

“Biarlah Dia, Allah Ada” – Zahnita Akhirnya Jawab Tuduhan Bekas Rakan Kongsi

Drama kehidupan peribadi bekas model dan pelakon Zahnita Wilson nampaknya belum berakhir apabila seorang wanita dikenali sebagai Nur Hanisah tampil mendakwa dirinya sebagai bekas rakan kongsi Zahnita.

BACA: “Kisah Dongeng Disajikan Adalah Tidak Benar” – Bekas Rakan Kongsi Bongkar Perangai Sebenar Zahnita Wilson?

Nur Hanisah mendakwa tuduhan yang dibuat Zahnita mengenai kejadian dipukul suami adalah rekaan semata-mata.

IKLAN

“Bekas rakan kongsi? Saya tak rasa begitu?” – Zahnita

Zahnita Wilson

Namun begitu, Zahnita yang dihubungi Kosmo! Online tidak mahu melayan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah menganggap wanita itu sebagai rakan kongsi.

Bekas rakan kongsi? Saya tidak rasa begitu.

Zahnita lebih memilih untuk tidak memanjangkan isu dan memohon doa yang baik-baik sahaja daripada semua pihak.

Zahnita mohon doakan baik-baik

Zahnita

Apabila ditanya mengenai reaksi selepas mendapat tahu mengenai dakwaan tersebut, Zahnita tidak memberikan respon panjang, malah menyerahkan segala-galanya kepada takdir dan ketentuan Ilahi.

Doakan baik-baik sahajalah. Rasa macam biarlah dia. Allah ada. Maaf ya, saya akan hubungi awak kemudian. Order tengah banyak masuk, alhamdulillah.

Terdahulu, Zahnita membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Suaminya, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan penyalahgunaan dadah, namun beliau mengaku tidak bersalah.

Kredit: Kosmo! Online
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas