Connect with us

Oh! Media

“Siapa Cakap Saya Dah Pencen?” – Abang Viva Sedang Kumpul Modal Bantu Banjir Pantai Timur

Ohmedia abang Viva

Trending

“Siapa Cakap Saya Dah Pencen?” – Abang Viva Sedang Kumpul Modal Bantu Banjir Pantai Timur

Siapa tak kenal dengan sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih mesra dipanggil Abang Viva? Beliau terkenal dengan semangat luar biasanya membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Kini, keadaan banjir di Pantai Timur semakin buruk, dan Abang Viva sedang bersiap sedia untuk misi bantuan terbaru.

Abang Viva tengah kumpul modal dan orang untuk misi banjir Pantai Timur

Dalam satu hantaran di Facebook, Abang Viva berkongsi bahawa beliau sedang mengumpul dana dan bantuan untuk mencukupkan keperluan sebelum memulakan misi kali ini.

IKLAN

Beliau juga menafikan dakwaan sudah ‘pencen’ daripada melakukan kerja sukarelawan.

Datang tanpa diundang pulang tanpa bayang, itulah sukarelawan

“Ada rezeki InshaAllah masih lagi turun,” kata beliau. Menurut Abang Viva, seorang sukarelawan sejati sentiasa datang tanpa diundang dan pulang tanpa bayang.

@abangvivaofficial

sape cakap say da pencen? sape cakap saya broken? ada rezki inshallah masih lagi turun.. datang tanpa diundang, pulang tanpa bayang, itulah sukarelawan #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE

♬ Tetap Semangat – Masyow

Terdahulu, nama Azwan Omar tular pada 2021 kerana sanggup turun ke Shah Alam dari Melaka berbekalkan RM50 je.

Beliau bergerak solo menaiki Perodua Viva sambil membawa bot di atas kereta untuk menyelamat mangsa terperangkap.

Sejak itu, beliau diangkat sebagai hero oleh rakyat Malaysia dan menjadi inspirasi kepada ramai.

#OhmediaNasihat

Dalam apa jua keadaan, semangat sukarelawan seperti Abang Viva patut menjadi inspirasi kepada kita semua. Walaupun dengan sumber terhad, keikhlasan dan keberanian mampu mengubah hidup orang lain. Kalau kita tak dapat turun padang, hulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan atau doa.

Ohmedia abang Viva

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Azwan Omar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas