Trending
Selepas Tular Rakaman Pukul Isteri, Suami Influencer Ditangkap Polis Di Sebuah Hotel
Kisah berkenaan personaliti media sosial dan juga bekas atlet fencing Indonesia, Cut Intan Nabila yang tular baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai.
Terbaharu, menerusi laporan dari Media Indonesia, suaminya, Armour Toreador telah keluar dari rumah pada petang semalam selepas tersebarnya rakaman CCTV yang menunjukkan dia melakukan kekerasan kepada Intan.
Difahamkan, Armour telah cuba melarikan diri dan menyorok di sebuah hotel di Kota Bandung, namun perbuatannya itu tidak kekal lama apabila pihak berkuasa dapat menjejaki keberadaannya.
Video penangkapan Armour juga telah tersebar di media sosial. Menerusi hantaran di TikTok @duniapunyacerita, kelihatan Armour yang memakai kemeja bewarna putih berada di dalam bilik hotel tersebut.
Walau bagaimanapun, Armour hanya mampu tertunduk dan pasrah ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Indonesia | TikTok @duniapunyacerita
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM