Connect with us

Oh! Media

Terpaksa Tidur Hotel Selama 4 Bulan, Nora Danish Tak Boleh Sabar Lagi

Nora Danish Dan Keluarga

Oh! Artis

Terpaksa Tidur Hotel Selama 4 Bulan, Nora Danish Tak Boleh Sabar Lagi

Semalam kecoh di media sosial apabila pelakon terkenal, Nora Danish dedahkan telah tinggal di hotel selama 4 bulan setelah ditipu kontraktor

Menerusi hantaran Instastory miliknya, dia tidak mampu lagi bersabar dan tak sangka dengan kontraktor yang dianggap adik lakukan penipuan.

BACA: “Dah 40an Janganlah Pakai Seperti Anak Remaja” – Netizen Tegur Fesyen ‘Sleeveless’ Nora Danish

IKLAN

Nora menjelaskan proses pengubahsuaian itu sepatutnya selesai pada Januari lepas namun kerja pengubahsuaian kediamannya tidak siap-siap walaupun bayaran telah dibuat.

Pelakon itu juga beri tempoh sampai minggu depan untuk siapkan semua pengubahsuaian sebagai amaran terakhir.

Instastory nora

Dari January patut siap, duit dah bayar 90 percent. Now dah masuk april. Nak kata sabar dah sabar lama. Memang polis la jawapannya.

By next week tak siap, korang masuk penjara.

Tidak tahan 4 bulan menginap di hotel, Nora dedah dia dan keluarga sudah 3 bulan tinggal bersama ibunya.

Instastory

Ini semua salah saya sebab percayakan orang yang sudah dianggap macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

Difahamkan Nora Danish sudah beri banyak peluang sehingga kehidupan dia dan keluarga tak tentu arah.

Tambahnya, semua baju yang dibawa ada di dalam beg plastik dan keadaan itu jadikan dia susah untuk mulakan kerja.

Pelakon itu juga sempat beri amaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam memilih kontraktor dan kawan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas