Connect with us

Oh! Media

“Beberapa Hari Sebelum Kejadian, Dia Kerap Minta Maaf” – Tunang Nursyafikah

11065116 790059531102283 441721280 ojpg

Umum

“Beberapa Hari Sebelum Kejadian, Dia Kerap Minta Maaf” – Tunang Nursyafikah

Tunang kepada mangsa tikam di tempat parkir sebuah pasaraya di Kluang baru-baru ini meluahkan perasaan bahawa  “Nursyafikah wanita pertama hadir dalam hidup saya, tetapi impian kami untuk hidup bersama dimusnahkan pembunuhnya,”.

Mohd Fahmi,21, merupakan tunang kepada Nursyafikah Ahmad Ismail,20, yang mati ditikam dengan sebilah pisau pemotong sayur kira-kira jam 6 petang. 

Ketika ditemui wartawan, Mohd Fahmi terkilan dengan tragedi yang meragut nyawa tunangnya itu dan amat berharap pembunuhnya ditangkap segera.

IKLAN

Menurut pekerja kilang di Ulu Tiram itu, dia sedih kerana hasrat memperisterikan Nursyafikah yang dijadualkan September ini tidak kesampaian selepas mereka bertunang 15 Februari lalu.

“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya.

“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan kami,” katanya.

Menurut Mohd Fahmi, dia akan terus berhubung dengan keluarga Nursyafikah sebagai sokongan walaupun antara mereka tiada lagi ikatan kerana tahu betapa mereka kini berada dalam kesedihan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaary ketika dihubungi semalam berkata, pasukan khas terdiri daripada lapan anggota diketuai Asisten Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ditubuhkan bagi menjejaki suspek berumur 20-an itu.

Katanya, gerakan mengesan suspek sedang giat dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada keluarganya, tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan.

“Polis akan terus mencari suspek menggunakan kepakaran yang kita ada serta mendapatkan bantuan IPD berjiran dan kerjasama masyarakat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nursyafikah, pekerja pasar raya berkenaan maut ditikam di rusuk kirinya menggunakan pisau pemotong sayur oleh suspek. Sebelum kejadian, dipercayai berlaku perbincangan antara mangsa dengan suspek. – hmetro.com.my

OHMEDIA: AL-Fatihah dan takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas