Connect with us

Oh! Media

Tidak Mahu Timbulkan Ketegangan – KDN Akan Perhalusi Cadangan Gugur Agama Dalam Kad Pengenalan

Oh! Negara

Tidak Mahu Timbulkan Ketegangan – KDN Akan Perhalusi Cadangan Gugur Agama Dalam Kad Pengenalan

Isu berkenaan pengguguran status agama pada kad pengenalan menjadi perbincangan yang hangat apabila perkara ini dibangkitkan oleh senator DAP, Nga Hock Cheh yang berkata sebab yang menghalang perpaduan dalam negara berlaku adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional dan mencadangkan agar perkataan agama dalam kad pengenalan digugurkan.

ADVERTISEMENT

Cadangan ini dikritik banyak pihak yang dilihat hanya melihat kepada penyebab yang tidak masuk akal dan mengapa tidak mempersoalkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Mengapa tidak kita hanya mewujudkan sekolah jenis kebangsaan sahaja untuk menghimpunkan semua kaum dan memupuk semangat nasional di dalam satu sekolah?


Sebagai respon kepada isu ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata status agama dalam kad pengenalan akan kekal seperti proses pendaftaran sedia ada.

“Ada pandangan kata ia tidak wajar diubah (status agama digugurkan) kerana bertentangan (dengan Perlembagaan. Ini kerana ia berkait dengan hak istimewa orang Melayu untuk membezakan antara Melayu dan bukan Melayu.

“Isu ini juga boleh timbulkan perkara sensitif kerana menyentuh kaum lain dan kena diperhalusi. Sementara itu, saya nyatakan kita kekalkan status pendaftaran seperti asal di mana soal agama dan bangsa dimasukkan,” katanya.

Muhyiddin juga berkata perkara ini akan dikaji dan diteliti sepenuhnya jika ingin melakukan perubahan.

“Buat masa ini, belum ada permohonan rasmi dibuat bagi meminda perkara itu. Namun, ia perlu kajian teliti kerana ia isu sensitif di samping tidak mahu menimbulkan suasana tidak tenang.

“Lebih penting kita utamakan perkara pokok yang dihadapi negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas