Connect with us

Oh! Media

Tidak Sampai Seminggu Avengers: Endgame Dapat RM4.96 Bilion Untuk Kutipan Global

avengers endgame israel fans fandom 1556207306jpg

Umum

Tidak Sampai Seminggu Avengers: Endgame Dapat RM4.96 Bilion Untuk Kutipan Global

Tidak sampai seminggu filem Avengers: Endgame ditayangkan, kini ia telah berjaya memecah rekod tayangan pecah panggung dengan jualan tiket global sebanyak AS$1.2 bilion atau RM4.96 bilion yang diumumkan oleh Disney Co.


Jumlah ini juga sekaligus mengatasi rekod terdahulu mereka sebanyak AS$257.7 juta atay RM1.06 bilion daripada fikem Avengers: Infinity War.

IKLAN

Endgame berjaya meraih jualan AS$350 juta (RM1.44 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang dianggap pasaran filem terbesar dunia.

Jualan di China, Brazil, Perancis dan puluhan pasaran lain turut mencatatkan satu rekod ya g tinggi untuk jualan hujung minggu. Malaysia juga mencatatkan kutipan RM10 juta pada hari pertama tayangannya pada 24 April. Bahkan, hasil dari pantauan kami, sehingga ke hari ini semua pawagam dilihat penuh walaupun ia ditayangkan setiap 30 minit.

Filem aksi tiga jam itu adalah babak terakhir kisah 22 filem Marvel Studios, sejak 2007. Ia menampilkan watak popular komik seperti Iron Man (Robert Downey Jr), Hulk (Mark Ruuffalo) dan Thor (Chris Hemsworth) dalam usaha menentang watak jahat Thanos (Josh Brolin).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas