Connect with us

Oh! Media

Hubungan Pak Ya dan Mazlan Semakin Harmoni

Umum

Hubungan Pak Ya dan Mazlan Semakin Harmoni

Pak Ya atau Yahya Manap menyatakan rasa syukur dan gembira setelah isu salah fahamnya bersama pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet selesai.

ADVERTISEMENT

“Saya rasa amat gembira dan lega apabila perkara ini sudah selesai, jiwa pun jadi tenang, syukur Alhamdulillah,” katanya.


Pak Ya juga menyatakan dia tidak menyimpan dendam dan sudah memaafkan Mazlan dan mengakui hubungan mereka semakin harmoni. Pak Ya juga merasakan ia sebagai kenangan yang tidak disangka apabila kali pertama sepanjang lima tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan dan melibatkan artis popular.

“Namun, semuanya ini saya anggap sudah ketentuan Allah dan ada hikmah disebaliknya, malah wang yang disumbangkan oleh orang ramai bagi tujuan menampung kos mahkamah pada awalnya, sudah saya wakafkan kepada pihak surau.

“Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah,” katanya.

Wang sumbangan sebanyak RM4,000 tilah diberikan kepada Pengerusi Surau Ar-Raudhah Taman Desa Jati sebelum ini dan Pak Ya menngucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan sentiasa memberikan sokongan selepas kejadian itu berlaku.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas