Connect with us

Oh! Media

JPJ Tetapkan Peraturan Baru Cermin Gelap Kuat Kuasa 1 November 2014

Umum

JPJ Tetapkan Peraturan Baru Cermin Gelap Kuat Kuasa 1 November 2014

Undang-undang kenderaan yang sentiasa mendatangkan ketidak-puasan hati majoriti rakyat Malaysia apa lagi kalau bukan tentang cermin gelap. Ramai yang memasang tinted gelap di keret mereka atas alasan cuaca di Malaysia sangat panas, cermin kereta selalu kena pecah, privasi, faktor keselamatan dan pelbagai alasan lain lagi yang mana ada logiknya. Berikutan itu sejak beberapa bulan lalu, undang-undang kadar ketelusan cahaya di cermin kenderaan ni menjadi tandanya. Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan telahpun memutuskan undang-undang baru yang akan berkuat-kuasa bermula 1 November 2014 ini.

ADVERTISEMENT
Source: Paultan.Org

MELAKA, 29 Sept (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

“Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.

— BERNAMA

Ini bermaksud berbanding undang-undang sebelum ini, anda kini boleh menggelapkan lagi kedua-dua belah cermin sisi belakang dan juga cermin belakang.

Jadi adakah anda berpuas-hati dengan perlaksanaan undang-undang baru berhubung penggunaan cermin gelap seperti yang ditetapkan JPJ ini?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas