Connect with us

Oh! Media

Bonda Rozita

Trending

Lelaki Ini Dakwa Ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Amal Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik?

Tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mendakwa usahawan terkenal yang merupakan ibu kepada Aliff Syukri, Bonda Rozita mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik di usia 60 tahun. Pulak dah!

Menerusi satu video yang dikongsikan @khairulaminnnn di Tiktok, terdapat ‘screen record’ yang menunjukkan lelaki itu mendakwa kejelitaan Bonda Rozita bukanlah disebabkan produk tertentu. Biar betul?

IKLAN

Siapa pentaksub Bonda Rozita? Jangan percaya dia guna produk jadikan muka macam itu. Dia bukan makan produk saja, ada ilmu-ilmu batin yang dia amalkan. Hanya orang tertentu yang boleh scan sahaja akan tahu.

Lelaki itu juga berkata orang yang mempunyai ilmu batin serta ilmu agama pasti akan tahu tentang Bonda Rozita.

Dia juga sempat menasihati orang ramai untuk berasa tidak obses dengan ibu Aliff Syukri itu. Bukan tu jer, dIa juga mengingatkan supaya jangan percaya sekiranya Bonda kata dia makan produknya sendiri untuk kekal cantik sebegitu.

Dia cantik, muka kekal menawan walau sudah tua bukan disebabkan produk semata. Dia sanggup beramal dengan ilmu kurafat, ilmu hitam. Sesetengah orang lama atau orang perempuan pakai susuk.

Walau bagaimanapun, individu yang memuat naik hantaran itu berkata disebabkan perangai seperti lelaki buatkan masyarakat berpecah belah kerana telah buka aib dan fitnah Bonda Rozita.

Manusia ni tak takut Allah. Mengajak ramai orang kelembah neraka kerana mengumpat, memfitnah beramai-ramai.

Misinya ingin menjatuhkan semua founder-founder Islam. Bercakap ketuhanan, tapi dirinya sendiri tidak melambangkan itu. 

Kalau orang lain buat baik dikatanya penunggang agama. Hanya dia seorang saja yang boleh main agama. 

Yang cerdik pandai mesti tahu menilai manusia begini tak layak didengar kata-kata jahatnya.

Kredit: Tiktok @khairulaminnnn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas