Connect with us

Oh! Media

Trending

“Dibuat Tanpa Ihsan, Tak Berperikemanusiaan” – Sultan Selangor Murka Dengan MFL

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keputusan yang dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung isu ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih 10 Mei lalu.

BACA: Selangor FC Terima 4 Hukuman Termasuk Bermain Tanpa Penonton Semasa Menentang JDT

IKLAN

Baginda menganggap keputusan yang dibuat MFL tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

sultan selangor

Bukan itu je, baginda turut meluahkan rasa kecewa kerana Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013.

sultan selangor murka

Menurut baginda, kejadian jenayah simbah asid yang menimpa Faisal Halim dan beberapa insiden serangan lain telah menimbulkan trauma dan ketakutan dalam kalangan pemain.

Disebab itu, baginda telah memberi perkenan kepada Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih tetapi ditolak MFL.

sultan selangor mfl

Baginda berpandangan hukuman yang dijatuhkan MFL kepada Selangor FC adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan.

Baginda juga kecewa MFL dan FAM seolah-olah langsung tidak bersimpati dengan pihak yang teraniaya dalam isu jenayah ini.

Kredit: Instagram selangorroyalofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas