Connect with us

Oh! Media

Dim Sum Halal Rasa Sama Seperti Yang Tidak Halal

hngnjpg

Umum

Dim Sum Halal Rasa Sama Seperti Yang Tidak Halal

Soalan:
Saya membeli dim sum yang dijual oleh orang muslim, dan diakui halal. Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang non-muslim, lalu dia mengatakan dim sum itu rasanya seperti dim sum yang dibuat dengan khinzir. Apakah dim sum itu masih halal?

Jawapan:
Dim sum adalah sejenis makanan masyarakat Cina, yang diperbuat daripada ayam, sayur dan daging kemudian dimasak dengan pelbagai cara. Dim sum ini adalah makanan tradisi yang dihidangkan bersama teh.

Sebagai agama yang meliputi tentang semua aspek kehidupan, Islam telah meletakkan garis panduan utama dalam pemilihan makanan, dengan menganjurkan umatnya agar memilih makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

IKLAN

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا
“Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.” (Surah al-Maidah: 88)

Oleh itu, memilih makanan atau dalam konteks soalan ini dim sum, maka hendaklah menyemak seterusnya meyakini status halal makanan tersebut. Sebarang perasaan syak wasangka tidak akan sesekali menjejaskan status halal selagi mana tidak ada bukti yang membuahkan keyakinan yang hakiki. Ini melihatkan kepada kaedah fiqhiyah yang menyebut:

اليقين لا يزول بالشك
“Keyakinan itu tidak akan terangkat dengan syak”

Selain itu, dim sum tersebut juga kekal status halal berdasarkan keadaan awal ketika pembeli itu membelinya di dalam keadaan halal. Sesekali tidak akan berubah kepada tidak halal berdasarkan kaedah yang lain:

الأصل بقاء ما كان على ما كان
“Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya”

Kesimpulan 

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, kami berpendapat bahawa makanan tersebut selagi mana diyakini status halalnya, maka makanan tersebut kekal status halal melainkan didatangani bukti yang jelas untuk mengharamkannya.

Namun begitu, pembeli perlulah menyemak terlebih dahulu kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat dim sum. Sekiranya bahan tersebut bebas daripada khinzir dan bahan-bahan yang haram, maka hukumnya adalah halal.

Selain itu, rujuk juga artikel kami yang bertajuk Penamaan Makanan Dan Minuman: Status Halal Dan Isunya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas