Connect with us

Oh! Media

Mungkin Cara Yang Sama Digunakan Dalam Video Skandal Seks Melibatkan Ustaz Azhar Idrus

Umum

Mungkin Cara Yang Sama Digunakan Dalam Video Skandal Seks Melibatkan Ustaz Azhar Idrus

Kami menerima satu email dari saudara Khairul Azhar Rosli yang mengambil masa 2 ke 3 hari untuk mencari bagaimanakah seseorang individu mempunyai NIAT JAHAT untuk menjatuhkan seseorang dengan menggunakan video. Seperti mana yang diketahui ramai, ianya berkaitan dengan penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang terpalit dengan fitnah hasil dari tersebarnya video skandal seks beliau bersama seorang perempuan.

ADVERTISEMENT

Berikut disertakan kirimkan video untuk memperjelaskan tentang cara yang mungkin digunakan mereka yang berniat jahat dalam menyunting WAJAH sesiapa sahaja dalam apa jua rakaman sedia ada atau sengaja dicipta bagi nampak lebih real.

Moga dengan penyebaran maklumat ini dapat membantu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan Penganiyaan terhadap UAI dan keluarganya. Menurut Khairul Azhar lagi, beliau sanggup mencari sumber ini adalah kerana dia SAYANG ISLAM serta sama sekali tidak percaya ianya adalah video yang benar melainkan fitnah belaka di akhir zaman.

Jika video dengan durasi tidak sampai satu minit itu benar-benar meyakinkan anda yang ianya adalah ‘real’ dan ‘wujud’, maka tunjukkan kami di mana Transformers ketika ini? Nampak real kan?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas