Connect with us

Oh! Media

Apakah Hukum Menghalalkan Perkara Yang Haram?

Umum

Apakah Hukum Menghalalkan Perkara Yang Haram?

SOALAN 

Ohmedia pasti setiap manusia mempunyai pendapat dan cara yang berbeza. Sehingga ada yang sanggup menghalalkan perkara yang haram. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN 

Perkara yang haram itu adakalanya perkara yang berlaku khilaf pada haramnya oleh para ulamak seperti bermain catur atau membaca Quran ketika haidh atau seumpamanya. Maka menghalalkan perkara ini tidak menjadikan seseorang itu kufur.

Dan adakalanya perkara yang haram itu adalah perkara yang haram dengan ijmak seperti haram minum arak dan haram makan riba dan haram membunuh tanpa sebenar dan haram membuka aurat tanpa uzur dan yang seumpamanya.

Maka siapa yang menghalalkan perkara yang haram dengan ijmak ini nescaya jadilah dia kafir murtad keluar dari agama Islam.

Telah menyebut oleh bekas mufti negeri Mesir Syeikh Ahmad Haridi :

أجمع المسلمون على أن من أنكر ما ثبتت فرضيته كالصلاة والصوم أو حرمته كالقتل والزنا بمصدر تشريعى قطعى فى ثبوته عن الله تعالى ودلالته على الحكم وتناقله جميع المسلمين كان خارجا عن ربقة الإسلام لا تجرى عليه أحكامه ولا يعتبر من أهله.
أما من يرتكب المحرمات وهو يعلم بحرمتها ومن يأمر بارتكابها وهو يعلم بعدم جوازها فيكون مسلما عاصيا فاسقا يستحق العقاب شرعا ولا يخرج بذلك عن ربقة الإسلام : المفتي أحمد هريدى.


Artinya : “Telah ijmak oleh sekelian Muslimin atas bahawa siapa yang engkarkan suatu yang sabit wajibnya seperti solat dan puasa atau yang sabit haramnya seperti membunuh dan zina yang terbit ia dari nas yang putus pada sabitnya daripada Allah Taala dan pertunjuk dalilnya atas hukum yang mengetahuinya sekelian orang Islam nescaya adalah dia keluar dari tambatan agama Islam dan tidak berjalan atas dirinya segala hukum orang Islam dan dia tidak lagi dikira sebagai orang Islam.

Ada pun orang yang melakukan perkara yang haram dan dia mengetahui akan haramnya dan orang yang menyuruh melakukannya dan dia menyedari tentang perbuatannya itu tidak diharuskan maka dia masih orang islam yang derhaka lagi fasiq yang mustahak oleh hukuman pada syarak dan tidak dia keluar dengan perbuatannya itu dari tambatan agama Islam.” (Mufti Syeikh Ahmad Hairidi)

Kesimpulan

Orang yang melakukan perkara yang haram tetapi dia tidak menghalalkannya maka dia tetap orang Islam tetapi fasiq dan berdosa.

Siapa yang menghalalkan perkara yang diharamkan dengan ijmak maka dia telah menjadi kafir walau pun dia tidak melakukan perkara tersebut..

Orang yang telah jatuh kepada kufur jika sekiranya dia tidak bertaubat maka tidak boleh diperlakukan sebagai orang Islam pada hukum yang berkait ibadah seperti tidak sah menjadi imam dan munakahah seperti batal perkahwinannya dan lainnya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca apakah hukum menghalalkan perkara yang haram di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top