Connect with us

Oh! Media

“Abang Azlan, Ambilah Hadiah Ni Untuk Baby Awak” – Du Jing Hao

Umum

“Abang Azlan, Ambilah Hadiah Ni Untuk Baby Awak” – Du Jing Hao

Senang sekali kami dapat kongsikan kisah-kisah yang positif seperti ini dengan para pembaca Oh! Media. Silaturahim yang tidak mengenal agama dan bangsa ini patut di contohi untuk kita semua.

ADVERTISEMENT

Ini abang Azlan, tukang baiki kasut yang duduk di tepi laluan stesen LRT Ampang Park setiap hari di waktu tengah hari. Setiap hari bilamana saya melalui stesen LRT ini, dia akan duduk di situ dengan kotak peralatannya sambil sibuk membaiki kasut atau menunggu orang hantar kasut kepadanya di bawah pancaran cahaya matahari yang panas terik.

Suatu hari, kebetulan saya ada tiga pasang kasut yang rosak perlu dibaiki. Jadi saya nak cuba suruh dia baiki kasut hiking (kasut yang mempunyai plat besi yang biasanya dibaiki menggunakan mesin dan dikenakan caj RM35).

Bila dia melihatnya, dia kata dia boleh baiki kasut itu dan hanya menggenakan caj sebanyak RM30 serta meminta saya datang semula pada keesokkan hari.

Setelah menunggu beberapa hari (terlupa ambil nombor dia), dia muncul dan meminta maaf pada saya kerana dia perlu menemankan isterinya ke hospital untuk check up yang mana isterinya mengandung anak pertama mereka.

Saya beritahu dia “tak mengapa”. Lagipun saya bukannya nak cepat gunakan kasut itu. Saya ucapkan tahniah kepadanya.

Beberapa hari kemudian, saya hantar lagi beberapa kasut kepadanya dan kali ini saya maklumkan bahawa saya tidak perlukan dia siapkan kasut itu dengan segera.

Apabila saya kembali beberapa hari selepas itu, dia tengah sibuk menggilap kasut kulit seorang pakcik berbangsa Cina yang berusia lingkungan 40’an. Jadi, saya menunggu dengan sabar.

Bila dia selesai, dia memberitahu lelaki itu bayaran yang dikenakan adalah RM5 untuk menggilap kasut. Tidak disangka, dan paling mengejutkan saya ialah, pakcik itu keluarkan not wang besar dan beritahu,

“Saya hanya ada RM4 duit kecil sahaja, nah, ambillah RM4 ini. Cukup,” katanya sambil menyerahkan RM4 itu dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa sebarang rasa malu dan bersalah.

Sungguh memalukan! Pakai pakaian pejabat tetapi tak mampu nak bayar baki RM1??

Saya lihat wajah Abang Azlan sugul, direnungnya duit itu tanpa berkata apa-apa. Dia terima dan masukkan dalam poket sambil diperhatikan oleh isterinya yang mengandung duduk di sebelahnya juga merasai apa yang dirasakan oleh si suaminya itu.

Apa dah jadi dengan sikap orang masyarakat kita? Merompak dan membuli seseorang yang mana tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu?

Dia kemudian memandang saya dan senyum, diserahkan kasut saya yang telah siap dibaiki. Saya tanya berapa harganya, dia kata, “RM35. Tapi tak apalah, RM30 boleh”.

Semasa saya menyerahkan kasut pada dia tempoh hari, dia kata RM35).

Saya kata, “Tak apa abang, semalam kata RM35 boleh la,”. Dia pandang saya dan senyum sambil mengucapkan terima kasih.

Selepas insiden itu, saya rasa sangat kecewa dengan melihat di sudut teruk dalam masyarakat kita. Dia bekerja keras di bawah matahari yang panas terik dan cuba menyara hidup keluarganya. Dia diam apabila diperlakukan oleh pakcik yang tidak malu yang duduk di pejabat yang berhawa dingin dengan sengaja membuli dia. Sungguh tidak bermoral dan malu!.

Jadi, saya ambil inisiatif, pergi bershopping di hujung minggu dan belikan satu set bantal bayi dan pakaian tidur bayi untuk diberikan kepadanya sebagai token untuk bayi dia dan kerja kerasnya.

Minggu seterusnya, saya terjumpa dia berada di tempat yang sama lagi dengan isterinya yang sarat mengandung setia menemaninya di sisi. Saya serahkan hadiah itu kepadanya. Dia terkejut melihat saya membawa hadiah dan menolak pemberian ini pada mulanya. Namun, saya beritahu dia, terimalah sebagai token untuk anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Barulah dia menerimanya dengan senyuman yang ikhlas dan berterima kasih kepada saya. Di saat itu, itulah situasi yang sangat indah bagi saya, senyuman ikhlas. Dia kemudian nama saya dan kami pun berkenalan sebelum saya menyambung perjalanan untuk pergi makan tengah hari.

Mungkin sesetengah orang hairan mengapa saya melakukan semua ini. Tetapi bagi saya, kita patut peka dengan sekeliling kita dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan kita.

Tidak kisahlah sama ada bantuan yang diberikan itu hanyalah sebungkus tisu kecil atau wang tunai, apa yang penting ialah sifat kemanusiaan.

Dia berlainan bangsa dengan saya, kenapa perlu dibantu? Bagi saya, soal membantu orang tiada sempadan sama ada berlainan bangsa dan agama, selagi kita hidup di bawah satu bumbung yang sama, negara yang sama, kita adalah anak Malaysia. Kita patut belajar bagaimana hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai serta berkongsi kasih sayang berbanding menyemai kebencian, bersikap perkauman, membuli orang dan menaruh persepsi negatif terhadap masing-masing.

Selain itu, saya berharap bahawa suatu hari nanti Malaysia akan menjadi negara yang paling mesra di dunia dan bukannya negara yang paling korup dalam kebanggaan dunia. Untuk mencapai status berkenaan, kita perlu mulakan dengan diri kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang baik.

Jika ada sesiapa yang mahu menggunakan perkhidmatan Abang Azlan untuk membaiki kasut, boleh pergi ke Stesen LRT Ampang Park sekitar jam 12 tengah hari – 2 petang. Dia selalu berada di situ, kecuali dia menemani isterinya ke hospital. – Du Jing Hao

Ini Kisah Flavor Mr. Licky Yang Anda Harus Tonton!

Baru-baru ini Oh! Media sempat mencuba sendiri flavour keluaran dari MR. LICKY. Di sini kami sertakan review ringkas…

Posted by Oh! Media on Sunday, September 13, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas