Connect with us

Oh! Media

Permainan Samba Gliders Di Genting Skyworld Theme Park Terperangkap Tengah Jalan?

Trending

Permainan Samba Gliders Di Genting Skyworld Theme Park Terperangkap Tengah Jalan?

Terdapat satu kejadian dimana lebih dari 10 mangsa telah terperangkap dalam permainan Samba Gliders di Genting Skyworld Theme Park pada Rabu lepas. Seram gila!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Sinar Daily, kejadian itu dirakam salah seorang mangsa dalam permainan itu yang menunjukkan mereka telah tersekat di tengah-tengah tunggangan menerusi satu video berdurasi 33 saat. Bahaya gila, boleh hilang nyawa!

https://www.tiktok.com/@monolidtreasure/video/7277968278557822226

Permainan Samba Gliders itu dipercayai berhenti secara tiba-tiba dan menyebabkan semua mangsa terkandas di tengah-tengah perjalanan ketika hujan lebat lebih kurang 15 minit sebelum menerima bantuan menyelamat.

Samba Gliders

Kami benar-benar terperangkap di tengah-tengah perjalanan selama 15 minit ketika hujan lebat, kesejukan dan tidak dapat membuka mata. Kami terus menjerit meminta pertolongan tanpa henti.

Selepas 15 minit rasa seksa dan ketakutan, akhirnya hujan pun berhenti. Ada juga seorang kanak-kanak di barisan pertama yang menangis tak henti.

Pengalaman pertama dan pengalaman paling buruk di taman tema pernah berlaku,” kata kapsyen dalam video itu.

Bukan tu jer, mangsa juga meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan kerana lambat untuk memberikan bantuan bagi memastikan tiada apa-apa yang berlaku pada pengunjung.

Mereka boleh segera menghantar orang apabila mereka menyedari terdapat masalah teknikal, tetapi tiada apa yang berlaku selama 15 minit, kami dibiarkan begitu saja” kata mangsa dalam video itu.

Kredit: Sinar | Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas