Connect with us

Oh! Media

Tular Pasangan Individu Didakwa Buat Aksi Tidak Bermoral Dalam Myvi

Myvi

Trending

Tular Pasangan Individu Didakwa Buat Aksi Tidak Bermoral Dalam Myvi

Walaupun terdapat pelbagai jenis kenderaan di negara ini, namun kereta Perodua Myvi sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi di jalan raya.

BACA: Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar

Hal itu termasuklah beberapa kejadian seperti memandu laju, memotong tanpa memberikan lampu isyarat, meredah banjir dan sebagainya.

IKLAN

Myvi juga turut menjadi kereta kegemaran ramai dan dikatakan kenderaan terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.

Dua individu buat adegan tidak bermoral dalam Myvi

Terbaharu, kereta yang diberi gelaran King itu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila terdapat dua pasangan individu dikatakan telah melakukan adegan tidak bermoral dalam kenderaan tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Jabatan Netizen Malaysia memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan aksi tidak senonoh berkenaan.

Menurut perkongsian itu, pengguna Myvi itu dipercayai sedang berhenti di sebuah kawasan lampu isyarat di Taman Sejati, Sg Petani, Kedah sambil melakukan adegan itu.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1451836375058161665

Tindakan pasangan tersebut telah mengundang pelbagai persoalan orang ramai kerana kelakuan mereka dipercayai seakan-akan melakukan aksi seks.

Jika benar, perkara itu jelas merupakan satu kesalahan yang besar apabila melakukan perbuatan tidak bermoral itu di tempat terbuka serta mampu dilihat oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengecam tindakan pasangan individu tersebut.

Screenshot 1532
Screenshot 1533
Screenshot 1534

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 185 tanda suka serta seramai 171 telah tweet semula.

Kredit: Twitter Jabatan Netizen Malaysia I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas