Connect with us

Oh! Media

“Adik Tu Mommy Tak Tahu Anak Daddy Atau..” – Lelaki Dedah Chat Isteri Minta Cerai, Ujian DNA Sahkan Bukan Bapa Kandung Anak

Ohmedia suami Dna

Oh! Tidak

“Adik Tu Mommy Tak Tahu Anak Daddy Atau..” – Lelaki Dedah Chat Isteri Minta Cerai, Ujian DNA Sahkan Bukan Bapa Kandung Anak

Lelaki dedah chat isteri minta cerai sebelum ujian DNA sahkan dirinya bukan bapa kandung anak.

Tular di Thread satu hantaran dibuat seorang lelaki mendakwa menyimpan pengakuan bekas isteri yang curang semasa perkahwinan mereka.

Dalam mesej yang dihantar, wanita tersebut berkata dia mahu bercerai kerana ingin membetulkan kesalahan yang telah dibuat.

Mengaku buat dosa, mahu bercerai

Lebih mengejutkan, dia sendiri tidak tahu sama ada anak perempuan yang dijaga adalah benih suaminya atau lelaki lain.

IKLAN

Dia memohon maaf kerana tidak boleh lagi meneruskan hidup dalam keadaan serba salah dan berdosa.

Dosa

Dalam hantaran sama, lelaki itu juga berkongsi satu dokumen keputusan DNA daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 27 Mac 2026.

Pada dokumen itu, analisis dibuat menggunakan dua spesimen darah yang dilabelkan atas nama lelaki tersebut dan seorang kanak-kanak.

Bapa Kandung

Berdasarkan dokumen tersebut, keputusan analisis DNA menyatakan lelaki berkenaan bukan bapa kandung kepada anak yang diuji.

Dakwa lelaki ini, dia sudah membuat laporan kepada jabatan tempat orang ketiga bekerja. Namun, dakwanya tiada tindakan diambil dan dia telah tampil membuat laporan polis.

Masak ex wife aku ni nanti dengan skandal tentera lautnya. Dah repot ke Mindef transfer ke Navy ambil statement di balai polis tempat aku kerja lepastu diam 3 bulan tak ada berita perkembangan hal report under jabatan askar ni. Jadi report polis ja la untuk ketidak puas hati siasatan askar sebab ada bau-bau kautim geng laut ni. Jadi nasihat officer dan peguam bab hal ni report polis dan attach di mahkamah.

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak wanita atau individu yang didakwa terlibat.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas