Connect with us

Oh! Media

Lelaki Malaysia Maut Ditikam Lepas Cuba Leraikan Pergaduhan Di Korea, Keluarga Rayu Bantuan Bawa Pulang Jenazah

Ohmedia rakyat Korea

Trending

Lelaki Malaysia Maut Ditikam Lepas Cuba Leraikan Pergaduhan Di Korea, Keluarga Rayu Bantuan Bawa Pulang Jenazah

Maut ditikam di Korea Selatan, keluarga harap jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Rawang.

Seorang lelaki Malaysia, Ahmad Shah dilaporkan maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di Korea Selatan.

Lapor Berita Harian, adik kepada mangsa, Ain Sephia berharap jenazah abangnya dapat dibawa pulang ke tanah air untuk dikebumikan di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kos bawa pulang jenazah ke tanah air RM50,000 ke RM60,000

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos pengebumian di Korea Selatan yang dikatakan lebih mahal, termasuk kos sewa tanah.

IKLAN
View on Threads

Sementara kos bawa pulang jenazah pula antara RM50,000 hingga RM60,000 dan itu belum termasuk kos lain. Kos hospital sebanyak RM18,000 sudah diselesaikan oleh kakak ipar.

Menurut Ain, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa arwah selepas dihubungi kakak iparnya, Nurcahaya Ruslan.

Pada mulanya kakak ipar hubungi saya pada 1.40 pagi tetapi saya tak perasan dan selepas itu mak pula hubungi beritahu abang kena tikam. Saya kemudian terus telefon kakak ipar sebelum dia beritahu abang sudah tiada dan ketika itu mereka sudah berada di hospital.

Kata Ain lagi, arwah sudah menjalani proses bedah siasat dan isterinya juga sudah memberi keterangan di balai polis. Polis turut memaklumkan semua suspek terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan.

Ahmad Shah

Difahamkan, Ahmad Shah bekerja di sebuah kilang dan sudah berada di Korea Selatan sejak tujuh tahun lalu. Allahyarham turut menetap di negara berkenaan bersama isterinya.

Menceritakan mengenai kejadian, Ain berkata kakak iparnya turut berada di lokasi. Ahmad Shah pada awalnya sedang tidur sebelum dihubungi seorang rakan yang meminta bantuan kerana berlaku pergaduhan.

Ahmad Shah kemudian pergi ke lokasi kejadian dengan niat untuk membantu meleraikan pergaduhan tersebut.

Abang pergi dan kakak ipar juga tergerak hati mahu ikut sekali. Tak sangka rupanya ada sekumpulan lelaki dan rakan abang seorang saja ketika itu.

Keluarga dimaklumkan Balai Polis Eumseong telah menahan suspek merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang juga rakyat Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas