Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ajak Saya Kahwin” – Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Tolak Lamaran Lelaki Mahu Bantu Selesai Hutang

Ohmedia anak

Trending

“Jangan Ajak Saya Kahwin” – Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Tolak Lamaran Lelaki Mahu Bantu Selesai Hutang

Nur Syuhada pulang ke kampung bersama dua anak dan akhirnya tinggal di dalam kereta.

Baru-baru ini, tular di TikTok kisah seorang ibu tunggal yang tinggal di dalam kereta bersama anak-anak berusia 2 dan 11 tahun.

Dalam perkongsian, ibu tunggal dari Sabah, Nur Syuhada Naquiyyah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengalami ujian seperti perceraian, kehilangan pekerjaan serta dikhianati rakan sekerja.

“Tolong jangan ajak saya kahwin dalam keadaan begini”

Dalam keadaan sedang diuji, ada orang baik yang tampil untuk membantu. Namun wanita ini memohon supaya tidak diberikan syarat supaya berkahwin dengannya.

IKLAN
Kredit TikTok

Menurut Nur Syuhada, dia sangat menghargai niat baik lelaki yang mahu membantu, namun nalurinya kuat mengatakan supaya tidak menerima lamaran ketika dirinya berada dalam keadaan terdesak.

Sebab ketika ini saya tiada pilihan, apabila orang tawarkan pertolongan saya tidak tahu niat mereka ikhlas atau tidak. Sebab saya punya firasat kata jangan terima siapa-siapa dalam keadaan macam ini. Jadi saya mintak maaf sangat-sangat, yang mana saya tidak balas. Ada juga mula-mula bagi salam dan mahu tolong saya keluar dari semua masalah dan hutang ini, tetapi kena kahwin.

Dalam hantaran terbaru, Nur Syuhada memaklumkan kini sudah menjumpai rumah sewa yang sesuai. Namun, dia tidak boleh mendedahkan lokasi untuk menjaga privasi dan keselamatan diri.

Dia juga mahu mengambil masa untuk bertenang terlebih dahulu dan tidak bersedia untuk menjawab pertanyaan yang bertubi-tubi mengenai kisah hidupnya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas