Connect with us

Oh! Media

Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar

Trending

Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar

Tular baru-baru ini sebuah kejadian memaparkan seorang gadis yang nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Ramai Hairan Myvi Terbang Sampai Tersangkut Atas Tebing

Video tular tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menyatakan dirinya nyaris melanggar wanita berkenaan selepas dia bertindak keluar daripada kereta secara tiba-tiba.

Kejadian dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, yang ketika itu kenderaan berjenama Perodua Myvi berkenaan sedang memandu di jalan utama.

Menerusi video tersebut, kereta tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Pemandu kereta Myvi dedah kisah sebenar

Berhubung dengan kejadian itu, individu yang merupakan pemandu kereta Perodua Myvi tersebut telah tampil memberi penjelasan mengenai video yang tular itu.

Individu yang dikenali sebagai Amirul Syakir itu telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan orang ramai yang menyatakan dirinya bergaduh dengan kekasih sehingga wanita tersebut nekad terjun dari kereta.

Menerusi perkongsian video melalu saluran Youtube bernama Amirul Syakir, dia turut menafikan mereka merupakan pasangan kekasih dan hanyalah rakan sekerja.

Menurutnya, wanita tersebut yang dikenali sebagai Kek Nan terkena gangguan semasa dalam perjalanan untuk mencari barang untuk dijadikan konten video.

Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat ‘content’.

Ketika dia terkena gangguan, suaranya berubah. Semasa saya tengah bawa kereta, dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa.

Saya ketika itu tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan.

https://www.youtube.com/watch?v=_2gepfhPnBQ

Tak sempat nak tarik rakan dari jatuh

Menerusi perkongsian itu, dia mengakui tidak sempat untuk menarik rakannya itu kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Tambahnya lagi, dia tidak terlihat dimanakah lokasi Kek Nan selepas itu sebelum menyedari wanita itu telah menyeberang ke seberang jalan.

Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang.

Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya.

Turut kongsi video Kek Nan dirasuk

Menerusi video tersebut, Amirul Syakir sempat menunjukkan beberapa video klip memaparkan Kek Nan pernah dirasuk 2 minggu lalu akibat terkena buatan orang.

Selain itu, adik kepada wanita tersebut turut terkena perkara yang sama. Menurutnya, mereka adik-beradik terkena gangguan mistik tersebut oleh kerana hadir sifat cemburu daripada individu tidak bertanggungjawab.

Perkongsian itu juga didedahkan bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa dirinya tidak menipu selepas memberikan alasan rakan sekerjanya itu diganggu.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial turut mendoakan kesihatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan klip video terbabit tanpa usul periksa.

Kredit: YouTube Amirul Syakir I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas