Oh! Negara
“Siapa Orang Politik UMNO Dikatakan Sakau?” – Akmal Saleh Respon Isu Laporan RCI Tabung Haji
Akmal Saleh persoal dakwaan sakau selepas Laporan RCI Tabung Haji didedahkan kepada umum.
Selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji didedahkan, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pula mencuri perhatian ramai.
BACA: “Ada Orang Cabar, Kalau Berani..” – PMX Jelaskan Sebab Laporan RCI Tabung Haji Baru Didedahkan
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau dilihat mempersoalkan siapa orang politik UMNO yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan ‘sakau’ dalam isu berkenaan.
Persoal dakwaan penglibatan orang politik UMNO
Menurut Akmal lagi, dalam laporan RCI yang dikeluarkan hanya menunjukkan tindakan dalaman terhadap pegawai Tabung Haji susulan kelemahan dalam aspek pengurusan.
Akmal turut membangkitkan persoalan sama ada kerugian yang berlaku berpunca daripada isu rasuah atau kegagalan tadbir urus oleh pihak yang mentadbir.
Adakah pemberian dividen yang tinggi kepada penyimpan dan subsidi yang tinggi kepada jemaah haji dianggap sakau?
Dalam hantaran sama, Akmal turut berkongsi semula hantaran seorang pengguna Facebook, Khairul Azri, yang menulis ringkasan berhubung laporan RCI Tabung Haji.

