Connect with us

Oh! Media

“Kes-Kes Lain Semua Dia Sudah Digugurkan” – Bekas Suami Zahnita Wilson Dapat Hak Penjagaan Empat Anak

Ohmedia zahnita Anak

Oh! Artis

“Kes-Kes Lain Semua Dia Sudah Digugurkan” – Bekas Suami Zahnita Wilson Dapat Hak Penjagaan Empat Anak

Zackery berkata anak ditinggalkan Zahnita kepadanya sejak Aidilfitri lalu.

Isu rumah tangga melibatkan pelakon dan model, Zahnita Wilson kembali menjadi perhatian selepas bekas suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor tampil menjelaskan status hak penjagaan anak-anak mereka.

Memetik laporan mStar, Zackery berkata dia kini mendapat hak penjagaan empat anak selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan membuat keputusan itu pada April lalu.

Zackery dakwa Zahnita Wilson serah anak secara rela hati

Ohmedia zahnita Muay Thai

Jelasnya, situasi itu bermula apabila Zahnita didakwa meninggalkan anak-anak kepadanya ketika sambutan Aidilfitri lalu. Selebriti itu kemudian memilih untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya melalui mahkamah.

IKLAN

Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak pada saya semasa Aidilfitri. Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi dia, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya. Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya.

Sementara itu, Zackery turut mendakwa Zahnita sudah kira-kira dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak mereka secara bersemuka.

zahnita

Namun, anak-anak dikatakan baik-baik je di bawah jagaannya.

Mungkin ada dia hubungi melalui WhatsApp atau apa-apa tetapi untuk berjumpa memang tiada.

Zackery berkata perkongsiannya dibuat untuk menjelaskan keadaan selepas ramai yang masih bertanya mengenai hubungan dan statusnya bersama Zahnita, sedangkan mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Kami sudah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia sudah digugurkan. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masing sudah move on.

Zackery turut menafikan Zahnita menyerahkan anak kerana masalah kewangan. Ujarnya, Zahnita masih mempunyai kerjaya, keluarga serta menerima sokongan daripada pelbagai pihak.

Malah, jika hak penjagaan diberikan kepada Zahnita, dia sebagai bapa tetap memberikan nafkah untuk membesarkan anak-anak mereka.

Terdahulu, Zackery memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan Mahkamah Syariah telah menyerahkan hak jagaan empat anak kepada dirinya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas