Connect with us

Oh! Media

Suami Orang Ditahan Khalwat Bersama Janda Merayu Tak Mahu Isteri Tahu

Ohmedia tangkap khalwat

Oh! Tidak

Suami Orang Ditahan Khalwat Bersama Janda Merayu Tak Mahu Isteri Tahu

Suami orang ditahan khalwat bersama seorang janda di Johor. Lelaki itu merayu dilepaskan kerana bimbang isteri dan anak-anak tahu.

Seorang lelaki yang sudah berumah tangga berdepan detik memalukan apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang janda muda dalam satu operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan merayu supaya dilepaskan kerana takut perkara tersebut diketahui isteri serta anak-anaknya yang masih bersekolah.

Operasi di hotel sekitar Johor

Kredit Foto Janaan AI

Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan dalam operasi pemeriksaan berkala dan rambang di sebuah hotel sekitar Johor kira-kira jam 11.40 malam baru-baru ini.

IKLAN

Ketika pintu bilik diketuk, ia hanya dibuka kira-kira lima minit kemudian oleh seorang lelaki yang memakai baju-T dan seluar dalam. Sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, lelaki itu cuba menutup semula pintu namun berjaya dihalang sebelum pemeriksaan diteruskan.

Penguat kuasa kemudian memasuki bilik selepas memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Walaupun pemeriksaan awal tidak menemui individu lain, pakaian wanita termasuk pakaian dalam ditemui di atas kerusi manakala pintu tandas didapati tertutup.

Wanita ditemui dalam tandas

Kredit Foto Janaan AI

Menurut JAINJ, pintu tandas diketuk sebelum dibuka kira-kira tiga minit kemudian. Namun individu di dalamnya tidak terus keluar sehingga penguat kuasa wanita masuk untuk membuat pemeriksaan.

Penguat kuasa wanita kemudian masuk ke dalam tandas dan menemui seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tanpa pakaian lain.- Katanya.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diarahkan memakai pakaian lengkap sebelum dibawa keluar bagi membantu siasatan.

Disyaki langgar Enakmen Jenayah Syariah

Kredit Foto Sinar Harian

Hasil siasatan mendapati kedua-dua individu itu bukan pasangan suami isteri yang sah. Lelaki berkenaan merupakan suami orang manakala wanita tersebut berstatus janda dan mereka dipercayai sudah saling mengenali lebih setahun.

JAINJ turut memaklumkan pasangan itu datang ke hotel menggunakan dua kenderaan berasingan sekitar jam 10.30 malam dengan bilik hotel dibayar oleh lelaki tersebut.

Wanita itu pada awalnya mendakwa hanya menumpang menggunakan tandas sebelum mengaku berada di dalam bilik bersama lelaki berkenaan.

JAINJ memaklumkan operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan di hotel seluruh Johor akan diteruskan dari semasa ke semasa, selain menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan syariah menerusi talian aduan yang disediakan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas