Connect with us

Oh! Media

Ms Pui Yi Dijemput Dalam Program Ada Logo MDEC

Ohmedia ms pui yi mdec

Oh! Negara

Ms Pui Yi Dijemput Dalam Program Ada Logo MDEC

MDEC tarik balik sokongan Malaysia Blockchain Week 2026 dan nafi terbabit dalam after-party yang mengundang kontroversi.

Kecoh di media sosial apabila promosi after-party sempena Malaysia Blockchain Week 2026 mengundang kritikan ramai kerana memaparkan nama bekas pencipta kandungan dewasa, Mss Pui Yi, sebagai tetamu.

Susulan isu itu, Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation MDEC tampil menjelaskan bahawa mereka langsung tidak terlibat dalam perancangan, kelulusan atau promosi acara berkenaan.

Malah, sokongan terhadap Malaysia Blockchain Week 2026 turut ditarik balik.

IKLAN

MDEC nafi terlibat dan tarik semula sokongan

Kredit Foto Malaysia bcw

MDEC menegaskan semua dakwaan yang mengatakan Kementerian Digital atau MDEC meluluskan, menyokong atau mempunyai kaitan dengan after-party tersebut adalah tidak benar.

Sebarang dakwaan bahawa Kementerian Digital atau MDEC meluluskan, menyokong atau mempunyai kaitan dengan after party tersebut adalah tidak benar. Penganjur sendiri telah mengesahkan perkara ini dalam kenyataan mereka.- Katanya.

Selain itu, MDEC turut mengarahkan penganjur menanggalkan semua bahan promosi yang memaparkan nama, logo atau imej Kementerian Digital, MDEC dan menteri.

Isu tercetus akibat promosi Ms Pui Yi di after-party

Kontroversi bermula selepas promosi After-Party Malaysia Blockchain Week 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Julai tular di media sosial. Program itu mempromosikan penampilan Miss Pui Yi bersama ratusan pengasas, pembangun, pencipta dan usahawan industri blockchain.

Seorang pengguna Threads menggunakan akaun shuk.pakwanson turut mempersoalkan perkara itu.

Ni event kerajaan Madani ke event promote cornstar? Siap ada logo kementerian pula tu. Makin lama makin menjadi-jadi perangai masing-masing ya.- Katanya.

Untuk rekod, Miss Pui Yi atau Siew Pui Yi, 28, sebelum ini pernah menghasilkan kandungan di platform OnlyFans sebelum mengumumkan penarikan diri dan beralih ke bidang lakonan, DJ muzik elektronik serta perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas