Connect with us

Oh! Media

rogol

Trending

Remaja 15 Tahun Dirogol Selepas Diberi Rokok Elektrik Mengandungi Bahan Khayal

Akibat mengambil kesempatan merogol kenalan berusia 15 tahun, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar.

Tertuduh, Muhamad Rafie berusia 19 tahun mengaku bersalah memberikan rokok elektrik yang disyaki mengandungi bahan yang mengkhayalkan sebelum merogol remaja tersebut di sebuah hotel bajet di Batu Pahat.

IKLAN

Dikatakan mangsa dibawa menaiki motosikal bersama tertuduh ke sebuah hotel lalu diberikan rokok elektronik sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan separuh sedar.

Laporan polis telah dibuat sejurus mangsa menceritakan insiden itu kepada rakannya. Ini bermakna tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Oleh yang demikian, Mahkamah telah menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh dimasukkan ke Pusat Koreksional Muar sementara menunggu hukuman.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas